Tuesday, 7 April 2015

PROMO APRIL 2015 - GLA COMPLEX SHAKLEE

Assalammualaikum semua,

Dalam post yang lepas, Kakak ada share pasal pengalaman kakak yang BUNTING PELAMIN lepas kahwin sampai tak sempat nak HONEYMOON dan menikmati ZAMAN ROMANTIK LEPAS KAHWIN macam orang lain tu. Hehehe. Kalau kau orang nak tahu, memang kakak plan nak anak cepat lepas kahwin sebab kakak dan En Suami bukan jenis romantik pun. Tak biasa berdua - duaan. Macam kata En Suami, dia pandang kakak, kakak pandang dia. Tak best lah. So, memang sebelum kahwin, kakak cari ikhtiar untuk cati produk yang boleh MENINGKATKAN KESUBURAN. Hehehe...

Satu hari tu, pergilah FARMASI nak cari supplemen untuk jerawat yang dah banyak sangat naik kat muka ni hah. Hehehe. Pulak, masa tu dah nak DATANG BULAN, Biasalah, HORMON WANITA. Hehehe. Ahli farmasi ni cakap, kita sebagai perempuan kena lah ambil EVENING PRIMROSE OIL (EPO). EPO ni membantu MENGAWAL HORMON semasa datang bulan, MENGELAKKAN SENGGUGUT dan sebagainya.

Sakit SENGGUGUT ni sepanjang hidup, kakak pernah kena SEKALI SAHAJA. Semasa Tingkatan 3. Kakak masih ingat sebab masa tu, kakak sakit teruk sangat sampai masuk bilik PBSM kat sekolah. PITAM, LEMAH, MENGGIGIL jangan cakaplah. Semuanya BERGABUNG menjadi satu SAKIT YANG AMAT SANGAT. Mak kakak sampai ambil kakak kat sekolah. Zaman sekolah dulu, kakak memang jalan kaki balik sekolah. Tapi sebab dah sakit, mak kakak ambil kat sekolah. Dah balik sekolah, dia suruh telan PANADOL DUA BIJI DAN TIDUR. Alhamdulillah, syukur bangun tu dah terus ok. Sakit SENGGUGUT pun dah kurang. Hehehe

Jadi, sekarang Kakak nak share pada kau orang pasal GLA COMPLEX SHAKLEE ni. EPO tentunya dah sangat sinonim dengan wanita. EPO ini sangat baik untuk hormon dan juga kulit. Shaklee tidak mengeluarkan supplemen dengan nama EPO tetapi sesuatu yang lebih baik iaitu GLA COMPLEX SHAKLEE. 





Apa itu GLA?
Pada kurun ke - 20, , ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji EPO ini boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan Asid Lemak Perlu (EFAs) iaitu Linoleik (LA) dan Asid Gamma Linoleik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak EPO ini mendapat banyak pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.


Asid - Asid Lemak Perlu (EFA) adalah kumpulan lemak poli tak tepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan Linoleic Asid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda dengan mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan. Kan bagus tu? Hehehe

GLA (Asid Linoleik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis Asid Lemak Omega - 6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber Asid Lemak Omega - 6. Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun yang memelihara integriti asal.

Siapa yang memerlukan GLA Complex Shaklee:
- Mereka yang menghidapi PMS
- Mereka yang menghidapi Kencing Manis
- Mereka yang bimbang dengan berat badan yang belebihan
- Penghidap Athritis, Rheumatoid dan Ekzema
- Mereka yang menghidap Diabetis
- Period yang tidak teratur
- Mereka yang mahu mencantikkan kulit

Antara Kebaikan dan Manfaat GLA Complex Shaklee:
1. Membantu mengawal dan Mengatur KItaran Haid
2. Menstabilkan hormon
3. Meningkatkan Kesuburan Wanita
4. Meningkatkan kesuburan wanita
5. Melegakan PMS
6. Membantu dalam menangani Menopaus
7. Menguatkan kuku dan rambut
8. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri - seri
9. Membantu menangani Ekzema
10. Vitamin E dalam GLA Complex Shaklee membantu menghilangkan PARUT JERAWAT dan JERAGAT
11. Menguatkan IMUNITI BADAN
12. Memperlahankan PROSES PENUAAN
13. MENGAWAL KOLESTEROL
14. BAGUS UNTUK SARAF

Jadi, kepada adik - adik di luar sana yang masih mencari sepplemen yang ada EPO ni, tak payah susah - susah nak cari EPO kat farmasi. Beli kat Shaklee sudah. Banyak manfaatnya. Satu botol, seribu manfaat. Pulak, bulan April ada promo.

Pakat - pakat dengan adik - beradik perempuan, ipar - duai beli banyak - banyak, dapat free 1 BOTOL lagi. Pastu, dapat FREE MEMBERSHIP lagi kalau beli banyak - banyak. Mai lah beli. Kalau dah jadi member, boleh belajar buat biz Shaklee macam kakak ni. Seronok. Dari WINDOW SHOPPING ONLINE jer. Buat biz ni, rajin SHARNG, In Shaa Allah, penuh lah poket adik - adik tu.... Hehehe

Kesimpulannya, apa - apa yang kita buat, USAHA dan IKHTIAR tu sama penting. Kena seiring. Pastu, banyakkan BERDOA kepada Yang Maha Esa. Kerana sesungguhnya, Dia lah yang maha mengetahui. Sentiasa ingat kepada Dia. Barulah Dia ingat kat kita. Kakak doakan semoga semua nya dipermudahkan untuk kita semua. In Shaa Allah, Aamiinn....

Assalammualaikum and Have a Great Day Lovelies

Your Health And Beauty Consultant
KAMMARIA l kammarianajib@gmail.com
Whatsapp / SMS: 013 - 7357512
Wechat ID: kammaria
Instagram: @rz_shaklee, @kammaria
Facebook: Kammaria Mohamed Najib












Mohammad Raiyan Zikri Bin Majelan......

Assalammualaikum semua,

Entri kali ni kakak nak cerita tentang kelahiran anak sulung kakak iaitu Mohammad Raiyan Zikri Bin Majelan. Kita orang satu famili panggil dia Abang Ki sebab dia dah jadi abang kepada Muhammad Raiyan Zafran Bin Majelan. Hehehe

Kalau kau orang follow blog kakak ni, mesti kau orang tahu bahawa kakak ni tergolong dalam golongan orang yang BUNTING PELAMIN. Tahu lah kan? Jadi, memang kakak tak sempat nak berhoneymoon macam pasangan pengantin yang lain. Hehehe.

Dah masuk sekolah dah tahun ni. TERPAKSA SEKOLAHKAN dia sebab dia mempunyai masalah iaitu LAMBAT BERCAKAP. Alhamdulillah, sejak sekolah, kebolehan bercakap dia dah semakin meningkat and shows sign of IMPROVEMENT. Hehehe

Pengalaman mengandung Abang Ki ni memang pengalaman Baik Punya. Mana tak nya, PITAM dan MABUK TERUK. Alahan kakak memang amat teruk masa tu. Tidur jer sepanjang masa. Sampai bab goreng telur pun tak boleh. First Trimester memang teruk for me that time. Tak boleh buat apa pun. Alhamdulillah, syukur sangat sebab kakak duduk dengan mak. Jadi dia lah yang menjaga semua keperluan kakak dari A sampai Z. Syukur, Alhamdulillah. Pulak, kita orang satu famili kena penyakit kulit at the sama time. Berulang - alik doktor tak usah cakap lah. Dah bermacam - macam doktor terkenal kita orang pergi tapi tak baik juga. Sedih memang sedih lah kan. Tapi tu memang DUGAAN yang dah Allah tetapkan buat kami sekeluarga. Maka kami redha dan berserah di samping berusaha cari ikhtiar....

Berbalik tentang kelahiran Abang Ki. Dia sepatutnya lahir pada 25 ke 24 Disember 2011. Lebih kurang macam tu lah. Dah lupa. Hehehe. Tapi memang kakak tak sakit langsung. Sakit ker tanda nak beranak langsung tak ada. So, last check up, doktor-doktor scan and kata, "ok, esok dah boleh pergi hospital". So, kakak relak lah. Dalam hati, fikir takkan nak beranak esok. Check jer kot. Jadi, dengan tak ada rasa takut, pergi lah hospital. Kawan - kawan mak cakap tak payah pergi lah. Pergi pada 1 Januari 2012. Tarikh doktor tetapkan masa tu 30 Disember 2011. Sebab kakak kan budak baik, dengar cakap cikgu, so cakaplah mana boleh. Cewah. Yer yer jer. Hehehe.

30 Disember 2011. Pergi lah hospital. Check bagai. Sekali rupa - rupanya dia nak INDUCE. So, berserah lah di nak buat apa. Dia pecahkan air ketuban jer, terus sakit datang bertubi - tubi. Sakit dia memang tak boleh nak describe. For me lah. Rupa - rupanya tu sakit CONTRACTION. Kejap ada kejap tak ada. Kalau kau orang follow blog Namee Roslan, dia kan ada cerita sakit CONTRACTION,  macam tu lah sakitnya. Sebab kakak follow blog dia closely, so kakak tahu. Hehehe.

Dia INDUCE sebelum Jumaat. So, lepas INDUCE , sakit CONTRACTION pun bermula. Alhamdulillah, syukur sangat - sangat masa tu. Nak tunggu rahim bukak sampai full memang sekejap jer. So, sesi teran meneran pun bermula. Terus terang kakak cakap, kakak tak pandai teran. Masa pun semakin singkat. So, pihak hospital cadangkan caesar terus. Sebab masa semakin suntuk, takut baby lemas. So, dia terus caesar. Masa tu pun, kakak dah tak fikir apa dah. Lantak lah.

Alhamdulillah syukur. Kakak dapat Abang Ki. Hehehe. Sebab kakak bersalin kat hospital kerajaan, lepas bersalin, memang kakak tak dapat jaga baby macam mama lain kat hospital. Sebab dia ada g6pd. So, memang doktor pantau dan jaga dia masa kat hospital. Masa balik rumah pun, kakak balik dulu sebab dia ditahan takut - takut dia kena KUNING sebab baby ada g6pd ni memang TAK BOLEH ADA KUNING. Bahaya. Hehehe...

Pic ini diambil masa dia baru lepas habis hari. My favourite pic.... Hehehe




Macam tahu - tahu jer orang nak ambil pic dia. Abaikan plastik - plastik kat belakang tu. Tak kisah pun pasal sekeliling nak ambil pic. Hehehe

Time dia tidur. Sengaja Babah dia buat tangan macam tu baru nak ambil pic... Hahaha



Pada 30 Disember 2011, lahirlah Mohammad Raiyan Zikri Bin Majelan. Tak sangka pulak kakak dah jadi mama. Hehehe. Padahal perangai macam budak - budak. Hahaha. Tak kisah lah. Yang penting, kakak dah melaksanakan tanggungjawab kakak sebagai seorang wanita dengan melahirkan seorang anak. Hehehe

Buat Abang Ki, Mama sayang sangat dengan Abang Ki. Semoga Abang Ki jadi anak yang baik, mendengar kata orang tua, beriman dan menjadi anak yang soleh. In Shaa Allah, Aamiinn.... Sayang Abang Ki. Love u....

Sunday, 5 April 2015

ONlLINE SHOPPING ADDICT????

Assalamualaikum kawan-kawan,

Kakak sekarang dah ada tabiat baru iaitu ONLINE SHOPPING. Best tau ONLINE SHOPPING ni. Tak yah keluar rumah buang masa survey bagai. Semua dah ada di hujung jari kita. Best kan? Kita cuma perlukan HANDPHONE yang boleh melayari internet and Intenet Service and terus jer... Budget terpulang. Kalau budget lebih, beli lebih. Kalau budget kurang, beli lah apa adanya. Hehehe

Kalau lah ONLINE SHOPPING macam ni kan best. Tak payah tunggu transporter hantar barang. Hehehe


Perkenalan kakak dengan ONLINE SHOPPING ni bermula tahun 2012 lepas Zikri lahir. Masa tu dah nak dekat raya tau. Tengah cari baju raya masa tu. Nak keluar survey memang dah tak boleh dah. Pulak masa tu, dah ada anak kecik. Suami pulak tak suka sangat layan kakak pergi beli baju raya ni. Almaklumlah, PEREMPUAN. Kakak ni memang kalau beli baju lah especially BAJU RAYA. Memang pergi banyak kedai nak tengok fesyen bagai. Memang lambat JATUH CINTA bab - bab beli baju ni. Dari 1 tempat ke tempat yang lain semata - mata untuk SEPASANG BAJU RAYA. Bila Zikri lahir, kakak dah fikir dah. Kakak tak boleh macam dulu. Keluar rumah berjam - jam semata - mata nak beli baju. Membazir kan? Pulak dah ada anak. Takkan nak harapkan mak jaga jer? Kesian jugak kat dia....

Jadi, kakak tengah melayari FB, kakak nampak iklan BAJU RAYA. Kakak fikir, why not? Tak cuba, tak tahu. So, untuk pertama kalinya, kakak pun belajar untuk beli. Tapi PENGALAMAN PERTAMA ONLINE SHOPPING KAKAK ni tak seronok. Lambat dapat. Kalau tak silap, lagi 2,3 hari nak raya baru dapat baju tu. Padahal dia janji dapat cepat. Tapi tapi tapi kakak tak serik langsung.... Lepas tu, kakak belajar ONLINE SHOPPING dengan lebih bijak. Belajar tentang material dia, pattern baju dia, macam - macam lagi lah.

Sekarang, kakak happy sangat sebab kakak dah tak payah keluar rumah nak beli baju bagai. Duduk rumah, ada internet, ada WiFi, survey, berkenan terus beli. Suami pun dah tak marah sebab kakak dah tak payah suruh dia teman kakak pergi beli baju. Hehehe. Sampai kan kalau pergi mana - mana, ada jer baju yang kakak berkenan, dia kata tak payah beli. Beli ONLINE sudah sebab lagi cantik, lagi berkualiti. Silap - silap lagi murah kalau kita pandai cari yang betul... Macam sekarang, kakak lebih suka melayari Instagram sebab picture - picture dia lebih jelas, pastu details dia lebih complete. Tak macam Facebook. Hehehe

Kalau kau orang perasan pada post yang lepas, kakak ada tunjuk masa majlis kahwin 2 pupu kakak. Baju yang kakak pakai ni pun daripada one of my favourite online shop iaitu Minimalace. Nama Insta dia @minimalace. Cari lah. Baju dia pun lawa - lawa belaka. Hehehe. 


Sebab kakak dah masuk business Shaklee, maka kakak lebih suka post kat Instagram sebab kelebihan hashtag dia tu. Letak jer apa - apa hashtag, mesti akan keluar barang - barang yang kita nak. Yang penting, janganlah kita menyalahgunakan kelebihan hashtag pada benda - benda yang tidak ada kena mengena langsung. Itu memang tak patut!!! Kalau kau orang nak beli produk - produk Shaklee pun dipersilakan #visitmyig kat @rz_shaklee . In Shaa Allah, kakak akan beri servis yang terbaik. Hehehe

Bila kita dah tahu kebaikan Online SHOPPING, jangan pula kita salah gunakan pulak yer. Berbelanja ikut kemampuan. Bila kakak dapat tahu banyak orang yang sanggup BERHUTANG semata - mata nak ONLINE SHOPPING, kakak sedih jugak. Yer lah, berbelanja ikut kemampuan dan berbelanjalah dengan bijak....


Sekian, Assalammualaikum and have a great day ahead lovelies....

Your Health and Beauty Consultant
KAMMARIA | kammarianajib@gmail.com
Whatsapp / SMS: 013 7357512
Wechat ID: Kammaria
Instagram: @rz_shaklee , @kammaria
Facebook: Kammaria Mohamed Najib



SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN E SHAKLEE???

Assalamualaikum kawan-kawan,

Kali ni, kakak nk share pulak tentang kebaikan Vitamin E from Shaklee. Kakak dapat tahu yang Vitamin E from Shaklee ni memang special especially tentang bab-bab PARUT pada kulit. Tak kisah lah pada KULIT MUKA, TANGAN, BADAN ATAU KAKI. Kakak percaya, setiap seorang daripada kita mesti ada PARUT. Tak kisah lah dari mana PARUT ni datang. Sama ada PARUT jerawat, jatuh basikal, kena lecur masa tengah gosok baju dan sebagainya. Hehehe

Ini lah gambar Vitamin E Shaklee. Softgel lembut jer.... Tapi power dia besar. Hehehe


Kakak ni memang ada parut kt muka ni hah... Parut apa lagi kalau bukan parut JERAWAT? Biasa lah PEREMPUAN. Kadang-kadang hormon dalam badan tak menentu. Pulak-pulak time nak angkat Bendera Merah. Memang akan tumbuh JERAWAT kat muka. Bila ada JERAWAT kat muka, selalu orang cakap, jangan garu atau ceku (maksudnya tarik pucuknya. Lebih kurang macam tu lah). Kadang-kadang tangan kakak gatal juga. Mesti nak ceku. Bila dah ceku, papp PARUT kat muka. Kan? Siapa kena macam kakak? Mesti ramai kan? Hehehe. Jadi, di sini lah Vitamin E Shaklee memainkan peranan....

Nak tahu tak apa kandungan Vitamin E Shaklee ni? Dengar kata, Vitamin E Shaklee ni telah DIPERBAHARUI. Vitamin E ini mengandungi:
1) Minyak Kacang Soya
2) Minyak Biji Gandum ( Yang kaya dengan Vitamin E)
3) 8 jenis Vitamin E ( d-alpha, beta, gama, delta)
4) Mengandungi 10mg SELENIUM semulajadi untuk membantu PENYERAPAN Vitamin E dengan lebih baik
5) Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yang kaya dengan antioksidan


Khasiat dan Kebaikan Vitamin E Shaklee:

1) Melambatkan penuaan. Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya.

2) Membantu mengurangkan kesan regangan atau STRETCH MARK akibat kehamilan dan kegemukan lalu

3) Pencegahan penyakit KATARAK

4) Mencegah penyakit jantung

5) Membantu melancarkan peredaran darah

6) Mengurangkan PARUT (boleh disapu pada tempat PARUT)

7) Kulit dan rambut menjadi sihat

8) Membantu menghilangkan PARUT JERAWAT, JERAGAT dan TOMPOK HITAM

9) Membantu KESUBURAN (Vitamin E ini termasuk dalam Set Kesuburan Shaklee Lelaki)

10) Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT atau biji anggur yang juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular

Sekarang kakak nak cerita pulak tentang SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN E SHAKLEE NI?

A) Pasangan Suami Isteri yang Baru Berkahwin
Macam kakak cakap tadi, buat para SUAMI yang inginkan TENAGA EXTRA tu, Vitamin E ni lah jawapannya. In Shaa Allah, dengan pengambilan secara konsisten,SUAMI akan berasa LEBIH BERTENAGA, ereksi lebih lama, lebih mudah TERANGSANG, libido yang kuat, orgasma yang kerap dan bersemangat.

B) Untuk pesakit Alzheimer, mereka juga dicadangkan supaya mengamal pemakanan Vitamin E untuk memperlahankan simptom yang dialami pesakit

C) Untuk merek yang mempunyai PARUT JERAWAT ataupun PARUT KECEDERAAN dan mereka yang ingin MENCANTIKKAN KULIT

D) Untuk IBU yang mengalami STRETCH MARK selepas bersalin atau TURUN BERAT BADAN

E) Sesuai sebagai langkah pencegahan bagi mereka yang berisiko tinggi menghidapi KANSER

F) Untuk para atlit yang ingin MAINTAIN TENAGA mereka sewaktu bersukan

Kakak sendiri sebagai INSAN BIASA yang mengamalkan Vitamin E ni (cewahhh) memang suggest kau orang ambil vitamin E. Bukan apa. Kita sebagai PEREMPUAN ni kenalah jaga kecantikan dan kesihatan kita. Bila kita cantik, bersih, takder parut, baru lah sejuk jer mata memandang. Suami pandang kita pun rasa sejuk jer mata. Hehehe

Yang BESTNYA,Vitamin E ni boleh dibuat masker tau


Ini antara contoh MASKER yang boleh kau orang cuba. Memang JIMAT dan hasilnya kulit muka kau orang lembut jer nanti......



Lagi satu kakak nak ingatkan, make sure Vitamin E yang kau orang ambil tu bersifat semulajadi tau. Bukan apa, Vitamin E sintetik ni susah nak serap dalam badan kita. Macam Vitamin E Shaklee ni semestinya NATURAL, HALAL and SAFE. Jadi, senang nak serap dalam sistem badan kita. Nak tahu SINTETIK ker NATURAL, boleh check pada kandungan botol. Jika NATURAL, kod 'd' akan digunakan. Jika BUATAN atau SINTETIK, kod 'dl' akan digunakan...

Kesimpulannya, buat semua WANITA-WANITA di luar sana terutama yang ada masalah PARUT yang MEMANG NAMPAK kat mana-mana bahagian badan tu, semestinya kakak suggest Vitamin E Shaklee ni khas untuk kau orang. Hehehe. Barulah nampak FLAWLESS, CANTIK dan GLOWING. Macam kata pengasas D'Collagen, #takmakeuppuncantik.... Hehehe

Assalamualaikum and Have a Great Day ahead lovelies....

Your Health and Beauty Consultant
Kammaria | kammarianajib@gmail.com
Whatsapp / SMS: 013 7357512
Wechat ID : Kammaria
Instagram: @rz_shaklee, @kammaria
Facebook: Kammaria Mohamed Najib

Thursday, 2 April 2015

KANAK-KANAK DAN GADGET

Assalamualaikum kawan-kawan,

Kali ni, kakak nak cerita pasal gadget pulak. Sekarang macam dah trend pulak. Kanak-kanak dan gadget memang tak boleh dipisahkan. Kalau parents memang lah kan? Macam kakak sendiri kadang-kadang sebagai seorang Mama pun pening jugak. Kadang-kadang kakak memang perlukan telefon untuk baca Whatsapp, mencari maklumat, melayari Facebook, lagi-lagi sekarang ni dah masuk bidang business #SHAKLEE, memang HANDPHONE ni dah macam tak boleh dipisahkan dah....

Tapi anak-anak dah semakin faham pulak. Bahkan, mereka lebih cepat TANGKAP bila nampak gadget canggih-canggih macam ni. Tengok sahaja dekat kedai makan. Ibu bapa memang biasalah. Ambil pic makanan untuk diupload kat laman sosial bagai. Anak-anak pulak sibuk dengan upin-ipin kat iPad. Kadang-kadang kakak risau jugak tentang perkembangan anak-anak zaman sekarang. Tak payah tengok anak-anak orang lain. Tengok anak sendiri sudah. Kakak satu famili memang tak biasakan mereka dengan gadget-gadget canggih macam ni. TAPI TAPI TAPI mereka memang dah PANDAI. Kalau kakak bagi pinjam HANDPHONE, get ready lah. Pandai selfie, pandai ambil gambar, pandai telefon dan pandai WHATSAPP. PANTANG Mama dia TENGOK HANDPHONE. Dia pun merengek nak pakai. Sekarang kakak dah guna TEKNIK BARU. Nak tengok atau pegang HANDPHONE, masuk BILIK dan KUNCI. Sampai macam tu sekali..... Ish ish ish

Macam gini lah perangai anak-anak apabila dah dapat gadget. Buat hal sendiri...



Macam sekarang, kakak HAVE NO CHOICE BUT TO FOLLOW MY CHILDREN'S SYSTEM. Cuma layankan dia orang sepanjang masa and jangan PEGANG GADGET IN FRONT OF THEM. Hope sistem ni berjaya. Macam sekarang, kalau TERDESAK SANGAT, kakak cuma akan masuk bilik, kunci pintu and tengok internet as and when. Dah tak boleh nak pegang HANDPHONE sepanjang masa. Bagus juga cara macam ni. Didik diri sendiri untuk spend masa dengan dia orang and jangan BIARKAN MEREKA. Even to spend time tulis blog, kakak buat awal pagi atau lewat malam. Time dia orang TIDUR. Hehehe...

TIDUR jer lah masa yang ada untuk kakak pegang gadget... Hehehe




Kesimpulannya, walau macam mana pun bz kakak dengan HANDPHONE bagai, kakak tak akan biarkan anak-anak kakak bersendirian. Itu janji kakak. Mama loves u my sons... Muahhh....

Your Health And Beauty Consultant
KAMMARIA | kammarianajib@gmail.com
Whatsapp / SMS: 013-7357512
Wechat ID: Kammaria
Instagram: @rz_shaklee, @kammaria
Facebook: Kammaria Mohamed Najib




Wednesday, 1 April 2015

GST - Get Shaklee Today

Assalamualaikum kawan-kawan,

Hari ni 1st April 2015. Hari pertama GST dilaksanakan. GST stands for Goods and Services Tax. Pada kakak, maksudnya. Get Shaklee Today.... Hehehe

Cuba kau orang pandang secara positif. Ini lah masanya untuk kau orang cari income lebih macam kakak ni. Tujuan kakak berbiznes Shaklee ni mestilah nak cari duit lebih. Kakak percaya semua orang nak cari duit lebih betul tak? Nak bantu keluarga, suami anak-anak dan macam-macam lagi. Hehehe...

Macam kakak, tujuan kakak masuk biz Shaklee ni ialah sebab kakak dah JATUH CINTA dengan supplement dia yang memang best-best and power. Pastu, kakak nak share kebaikan makan supplement ni. Yer lah, kan kita nak bantu orang untuk kesihatan yang lebih baik. So, mestilah kita nak jaga kesihatan. Pastu kakak berangan nak jadi Health and Beauty Consultant. Masa zaman sekolah dulu, kakak suka tengok cerita tentang doktor-doktor macam ER. Sekarang pulak, kakak suka tengok cerita Emergency Couple versi Korea tu. Kan cerita tu pasal DOKTOR? So, kakak nak jadi Consultan Kesihatan dan Kecantikan. Tak dapat jadi doktor in real life, jadi Shaklee Consultant pun ok jugak. Sebab bila kita belajar pasal Shaklee ni, automatik kita akan tahu tentang penyakit-penyakit macam batu karang, resdung dan macam-macam lagi.

Ini lah Drama Favourite Kakak. Best kan? Fefeeling jadi Doktor gitu bila bila tengok cerita ni. Dapat jadi Shaklee Consulltant pun OK jugak... Hehehe


Bila kita dah tahu tentang penyakit - penyakit ni, mesti kita nak belajar tentang cara mencegah dan merawat betul tak? Dengan Shaklee, In Shaa Allah dengan izin Allah, penyakit tersebut dapat kita atasi. Tapi kita kena ingat, pengambilan supplement ini hanya sebagai sokongan sahaja. BUKAN UBAT UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. Cuma membantu menambah khasiat untuk kesihatan yang lebih baik. Contoh, ESP Shaklee adalah satu supplement untuk menjaga berat badan. Bila kita dah consume ESP, dah tak payah makan lagi dah. SALAH TU DIK OOIII!!!. Bila kita dah consume ESP, still kita kena makan, CUMA, kuantiti tu dah berkurang sebab ESP Shaklee MEMBANTU MEMBERI RASA KENYANG. Nampak tak di situ??? Hehehe

Kesimpulannya, tak salah kalau kita nak membantu suami menambah pendapatan keluarga. Asalkan pekerjaan yang kita lakukan itu adalah halal. Jangan risau tentang produk Shaklee sebab semestinya produk-produknya SAFE, NATURAL AND HALAL. Itu yang penting...

Next entri, Kakak nak review pasal cerita Emergency Couple pulak.... Drama Korea yang tengah IN sekarang ni...

Assalamualaikum and have a great day ahead lovelies.....

Your Heakth and Beauty Consultant
KAMMARIA | kammarianajib@gmail.com
Whatsapp / SMS: 013 - 735 7512
WeChat ID: Kammaria
Instagram: @rz_shaklee, @kammaria
Facebook: Kammaria Mohamed Najib

Saturday, 28 March 2015

Cemburumu........

Assalamualaikum kawan-kawan,

Tengok tajuk pun mesti dah gelak kan? Macam Kama memang gelak bila tulis tajuk ni. Teringat lagu Erra Fazira. Cemburumu....... Apa sebenarnya??? Kakak rasa setiap orang mesti cemburu aka jelaous apabila tengok orang lain BERJAYA, BAHAGIA dan sebagainya. Tapi tapi tapi biarlah positif dik ooiiiii. Bukan NEGATIF tau. JEALOUS NEGATIF ni kakak tak main lah. Merugikan diri sendiri adalah. Tak ada MAKNA pun.....

Kau orang pernah tengok cerita PENGANCAM PERKAHWINAN??? Itu contoh NEGATIF JEALOUS. Sanggup jatuhkan orang lain semata-mata untuk berjaya. Sampai weeding kawan baik dia sendiri hampir MUSNAH gara-gara NEGATIF JEALOUS ni lah. Ish ish ish........ Kakak yang tengok ni pun sakit mata dan hati jugak. Yer lah, macam kata watak Sari Yanti dalam citer tu ( entah, dah lupa nama watak dia), kalau kita panggil dia SHREK pun, bukan boleh buat kita cantik. Lebih kurang macam tu lah..... Buat apa kita nak menanam NEGATIF JEALOUS dalam diri kita??? Buat penat jer pun. Last - last, she JUST LET IT GO AND KEEP MOVE ON TOWARDS LIFE. Ceh, fefeeling MAT SALLEH lah pulak. Saja jer nak POLISH ENGLISH yang dah berkarat ni. Last - last dia orang berbaik - baik semula and kawan baik dia orang pun dapat kahwin. Nampak tak di sini??? Heheheh

Ini lah barisan Pelakon drama Pengancam Perkahwinan yang disiarkan di Astro Ria. Cerita lama ni..... TAPI banyak mesej


Yang kakak nak sembang di sini ialah POSITIVE JEALOUS..... Kakak suka menanam feeling POSITIVE ni. Kakak berpendapat, POSITIVE FEELING WILL BRINGS YOU TOWARDS SUCCESS IN LIFE. Tak kisah kita SUSAH macam mana pun, in the end, biler kita think POSITIVE, everything will be SENANG.

Contoh paling senang, MAKAN. Masa mula - mula kahwin dengan En.  Suami dulu, time balik kampung MESTI LEMAH SATU BADAN. Yer lah, terus terang kakak tak boleh makan langsung lauk yang MIL kakak masak. Serious ni. Tak tipu. Kakak ni dah biasa makan lauk SEDAP macam Asam Pedas, Kari, Lontong, Laksa bagai lah. Padahal, lauk tu semua biasa lah orang makan. Padahal, mak yang masak sedap. Hehehe. Tapi, bayangkan bila balik kampung, MIL kita masak PUCUK UBI, PAKIS MERAH? Lauk kampung lah katakan. Padahal, kakak TERUS TERANG CAKAP, kakak memang tak pandai makan LAUK - LAUK KAMPUNG NI. Mesti kau orang rasa kakak ni BERLAGAK MACAM ORANG KAYA. Nak makan sedap - sedap. Tapi, serius TAK BOLEH TELAN. Pulak, pasangannya IKAN GORENG. Apa - apa ikan yang ada, memang goreng jer pun. Tulah LAUKNYA. Hampir setiap hari pulak tu. Cakap senang, LAUK SAYUR AIR DENGAN IKAN GORENG. Hah, macam tu lah.... Kakak ingat lagi, memang kakak makan pagi petang, makanannya nasi, ikan goreng dengan KICAP. Yer.

Tapi, KEAJAIBAN TERJADI. Kakak dah lupa bila masa kakak makan PUCUK UBI. Sedap giler dik ooi..... Sampai makan 2 KALI TAMBAH. Padahal lauknya, SAYUR AIR DENGAN IKAN GORENG. Kan??? Sekarang, balik kampung SEMANGAT SATU BADAN. Tertunggu nak makan lauk yang MIL masak. Kakak memang tak masak kalau balik kampung ni. MIL yang masak. Yer lah, MAK En Suami. Air tangan dia memang ditunggu - tunggu. Kakak cuma jadi PEMBANTU jer. Tu pun jarang kerana REWEL Afan yang menjadi-jadi.... Hehehe

My favouite dah sekarang.... Sedap. Dulu tak suka, sekarang kegilaan ni...


Nampak tak di sini? Semuanya MINDSET KITA JER. Kalau kita ubah MINDSET kita, yang susah pun akan jadi senang. Serius, kakak masuk biz Shaklee, POSITVE JEALOUS biler ahli - ahli group dalam biz ni BERJAYA. Tadi, baru CLOSING, ramai yang rank up, ramai yang berjaya dan MAJU KE HADAPAN JER.... Dah tak menoleh ke belakang lagi. Masing - masing dah capai pendapatanan 3,4 malah 5 angka pun dah ada. Malahan, ada yang dah sempurnakan CAR FLEET pun ada.... Tapi dia orang memang baik hati semua. Tak loket dengan ilmu, tak kisah berkongsi RAHSIA BERJAYA DENGAN SHAKLEE, yang penting TAK SOMBONG DENGAN KEJAYAAN YANG DIMILIKI. Kan??? Kakak pun nak jadi macam dia orang. Kata orang, macam resmi padi, makin berisi, makin tunduk. Tu yang kakak bersemangat nak jadi macam dia orang....

Kakak nak BERJAYA dengan Shaklee. Kakak nak MAJU dengan Shaklee. Kakak nak NAIK RANKING from SID to Supervisor Shaklee and rank up lagi, lagi and lagi. Kakak nak pendapatan 4, 5 angka dengan Shaklee. Kakak nak achieve 3C bonus from Shaklee. Kakak nak tolong orang lain jugak untuk berjaya dalam Biz Shaklee ni. Doakan kakak berjaya yer, moga semuanya dipermudahkan. In Shaa Allah, Aamiinn......

Kesimpulannya, POSITIVE JEALOUS ni boleh motivate kita untuk terus maju dan berjaya. Banyak kebaikan bila kita bersifat POSITIVE JEALOUS ni. Boleh memandu ke arah SUCCESS...

Assalamamualaikum and have a great day ahead lovelies....

Wanted the best consultation and follow up?

Be my customer and I promise the best consultation all my life. In Shaa Allah....

Your Health and Beauty Consultant
KAMMARIA | kammarianajib@gmail.com
Whatsapp or sms: 013 - 735 7512
Instagram: @rz_shaklee, @kammaria
Facebook: Kammaria Mohamed Najib