Entri kali ni kakak nak cerita tentang kelahiran anak sulung kakak iaitu Mohammad Raiyan Zikri Bin Majelan. Kita orang satu famili panggil dia Abang Ki sebab dia dah jadi abang kepada Muhammad Raiyan Zafran Bin Majelan. Hehehe
Kalau kau orang follow blog kakak ni, mesti kau orang tahu bahawa kakak ni tergolong dalam golongan orang yang BUNTING PELAMIN. Tahu lah kan? Jadi, memang kakak tak sempat nak berhoneymoon macam pasangan pengantin yang lain. Hehehe.
Dah masuk sekolah dah tahun ni. TERPAKSA SEKOLAHKAN dia sebab dia mempunyai masalah iaitu LAMBAT BERCAKAP. Alhamdulillah, sejak sekolah, kebolehan bercakap dia dah semakin meningkat and shows sign of IMPROVEMENT. Hehehe
Pengalaman mengandung Abang Ki ni memang pengalaman Baik Punya. Mana tak nya, PITAM dan MABUK TERUK. Alahan kakak memang amat teruk masa tu. Tidur jer sepanjang masa. Sampai bab goreng telur pun tak boleh. First Trimester memang teruk for me that time. Tak boleh buat apa pun. Alhamdulillah, syukur sangat sebab kakak duduk dengan mak. Jadi dia lah yang menjaga semua keperluan kakak dari A sampai Z. Syukur, Alhamdulillah. Pulak, kita orang satu famili kena penyakit kulit at the sama time. Berulang - alik doktor tak usah cakap lah. Dah bermacam - macam doktor terkenal kita orang pergi tapi tak baik juga. Sedih memang sedih lah kan. Tapi tu memang DUGAAN yang dah Allah tetapkan buat kami sekeluarga. Maka kami redha dan berserah di samping berusaha cari ikhtiar....
Berbalik tentang kelahiran Abang Ki. Dia sepatutnya lahir pada 25 ke 24 Disember 2011. Lebih kurang macam tu lah. Dah lupa. Hehehe. Tapi memang kakak tak sakit langsung. Sakit ker tanda nak beranak langsung tak ada. So, last check up, doktor-doktor scan and kata, "ok, esok dah boleh pergi hospital". So, kakak relak lah. Dalam hati, fikir takkan nak beranak esok. Check jer kot. Jadi, dengan tak ada rasa takut, pergi lah hospital. Kawan - kawan mak cakap tak payah pergi lah. Pergi pada 1 Januari 2012. Tarikh doktor tetapkan masa tu 30 Disember 2011. Sebab kakak kan budak baik, dengar cakap cikgu, so cakaplah mana boleh. Cewah. Yer yer jer. Hehehe.
30 Disember 2011. Pergi lah hospital. Check bagai. Sekali rupa - rupanya dia nak INDUCE. So, berserah lah di nak buat apa. Dia pecahkan air ketuban jer, terus sakit datang bertubi - tubi. Sakit dia memang tak boleh nak describe. For me lah. Rupa - rupanya tu sakit CONTRACTION. Kejap ada kejap tak ada. Kalau kau orang follow blog Namee Roslan, dia kan ada cerita sakit CONTRACTION, macam tu lah sakitnya. Sebab kakak follow blog dia closely, so kakak tahu. Hehehe.
Dia INDUCE sebelum Jumaat. So, lepas INDUCE , sakit CONTRACTION pun bermula. Alhamdulillah, syukur sangat - sangat masa tu. Nak tunggu rahim bukak sampai full memang sekejap jer. So, sesi teran meneran pun bermula. Terus terang kakak cakap, kakak tak pandai teran. Masa pun semakin singkat. So, pihak hospital cadangkan caesar terus. Sebab masa semakin suntuk, takut baby lemas. So, dia terus caesar. Masa tu pun, kakak dah tak fikir apa dah. Lantak lah.
Alhamdulillah syukur. Kakak dapat Abang Ki. Hehehe. Sebab kakak bersalin kat hospital kerajaan, lepas bersalin, memang kakak tak dapat jaga baby macam mama lain kat hospital. Sebab dia ada g6pd. So, memang doktor pantau dan jaga dia masa kat hospital. Masa balik rumah pun, kakak balik dulu sebab dia ditahan takut - takut dia kena KUNING sebab baby ada g6pd ni memang TAK BOLEH ADA KUNING. Bahaya. Hehehe...
Pic ini diambil masa dia baru lepas habis hari. My favourite pic.... Hehehe
Macam tahu - tahu jer orang nak ambil pic dia. Abaikan plastik - plastik kat belakang tu. Tak kisah pun pasal sekeliling nak ambil pic. Hehehe
Time dia tidur. Sengaja Babah dia buat tangan macam tu baru nak ambil pic... Hahaha
Pada 30 Disember 2011, lahirlah Mohammad Raiyan Zikri Bin Majelan. Tak sangka pulak kakak dah jadi mama. Hehehe. Padahal perangai macam budak - budak. Hahaha. Tak kisah lah. Yang penting, kakak dah melaksanakan tanggungjawab kakak sebagai seorang wanita dengan melahirkan seorang anak. Hehehe
Buat Abang Ki, Mama sayang sangat dengan Abang Ki. Semoga Abang Ki jadi anak yang baik, mendengar kata orang tua, beriman dan menjadi anak yang soleh. In Shaa Allah, Aamiinn.... Sayang Abang Ki. Love u....




No comments:
Post a Comment