Thursday, 2 April 2015

KANAK-KANAK DAN GADGET

Assalamualaikum kawan-kawan,

Kali ni, kakak nak cerita pasal gadget pulak. Sekarang macam dah trend pulak. Kanak-kanak dan gadget memang tak boleh dipisahkan. Kalau parents memang lah kan? Macam kakak sendiri kadang-kadang sebagai seorang Mama pun pening jugak. Kadang-kadang kakak memang perlukan telefon untuk baca Whatsapp, mencari maklumat, melayari Facebook, lagi-lagi sekarang ni dah masuk bidang business #SHAKLEE, memang HANDPHONE ni dah macam tak boleh dipisahkan dah....

Tapi anak-anak dah semakin faham pulak. Bahkan, mereka lebih cepat TANGKAP bila nampak gadget canggih-canggih macam ni. Tengok sahaja dekat kedai makan. Ibu bapa memang biasalah. Ambil pic makanan untuk diupload kat laman sosial bagai. Anak-anak pulak sibuk dengan upin-ipin kat iPad. Kadang-kadang kakak risau jugak tentang perkembangan anak-anak zaman sekarang. Tak payah tengok anak-anak orang lain. Tengok anak sendiri sudah. Kakak satu famili memang tak biasakan mereka dengan gadget-gadget canggih macam ni. TAPI TAPI TAPI mereka memang dah PANDAI. Kalau kakak bagi pinjam HANDPHONE, get ready lah. Pandai selfie, pandai ambil gambar, pandai telefon dan pandai WHATSAPP. PANTANG Mama dia TENGOK HANDPHONE. Dia pun merengek nak pakai. Sekarang kakak dah guna TEKNIK BARU. Nak tengok atau pegang HANDPHONE, masuk BILIK dan KUNCI. Sampai macam tu sekali..... Ish ish ish

Macam gini lah perangai anak-anak apabila dah dapat gadget. Buat hal sendiri...



Macam sekarang, kakak HAVE NO CHOICE BUT TO FOLLOW MY CHILDREN'S SYSTEM. Cuma layankan dia orang sepanjang masa and jangan PEGANG GADGET IN FRONT OF THEM. Hope sistem ni berjaya. Macam sekarang, kalau TERDESAK SANGAT, kakak cuma akan masuk bilik, kunci pintu and tengok internet as and when. Dah tak boleh nak pegang HANDPHONE sepanjang masa. Bagus juga cara macam ni. Didik diri sendiri untuk spend masa dengan dia orang and jangan BIARKAN MEREKA. Even to spend time tulis blog, kakak buat awal pagi atau lewat malam. Time dia orang TIDUR. Hehehe...

TIDUR jer lah masa yang ada untuk kakak pegang gadget... Hehehe




Kesimpulannya, walau macam mana pun bz kakak dengan HANDPHONE bagai, kakak tak akan biarkan anak-anak kakak bersendirian. Itu janji kakak. Mama loves u my sons... Muahhh....

Your Health And Beauty Consultant
KAMMARIA | kammarianajib@gmail.com
Whatsapp / SMS: 013-7357512
Wechat ID: Kammaria
Instagram: @rz_shaklee, @kammaria
Facebook: Kammaria Mohamed Najib




No comments:

Post a Comment