Dalam entri yang lepas, kan kakak ada share tentang kelahiran Abang Ki secara Emergency Caesarian sebab tak pandai teran punya pasal. Hahaha. Kalau kau orang nak tahu juga, kelahiran Muhammad Raiyan Zafran aka Adik Zafran pun secara Caesar sebab bahaya risiko rahim pecah akibat First Caesar.
Actually, second pregnancy pun tak plan pun. Macam kata mak kakak, budak kecik tak diundang. Kakak tak tahu pun yang kakak pregnant masa tu. First simptom yang kakak rasa sama macam mengandungkan Abang Ki. SUSAH NAK BUANG AIR KECIL. Susah sangat. Tak puas actually nak buang. So masa tu, kakak dah suspect kakak mengandung. Masa tu, Abang Ki baru 6 bulan. Belum puas bermanja dengan Abang Ki, tetiba diri ni kena terima hakikat yang kakak kena lalui pregnancy for the SECOND TIME. Bayangkan lah perasaan masa tu!!! Kakak kan antara follower blog Nameera Roslan. So, bila dapat tahu dia pun melalui pengalaman yang SERUPA MACAM KAKAK, kakak boleh memahami perasaan dia sebab kakak dah lalui TERLEBIH DAHULU perasaaan macam tu.
Tapi tapi tapi, terus terang kakak cakap pregnancy for the second time ni lain tau. Maklumlah, kelahiran tak diundang. Kakak lebih belajar MENGENALI dan MENGHARGAI Abang Ki. Lepas tu, Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T. Rezeki tu sentiasa ada. Betullah cakap orang. Bila kita pregnant, REZEKI ada jer di mana - mana. Yang penting, kita kena bersabar dan bersyukur atas kehamilan kita. Cuba bayangkan keadaan wanita di luar sana yang tak boleh mengandung? Dugaannya Ya Allah, Allah sahaja yang tahu. Kakak yang baru diduga SIKIT dah NANGIS MACAM DUNIA NAK KIAMAT. Hehehe
Sejak tu, kakak teruskan jugak pregnancy macam biasa. Jaga makan, jaga kesihatan dan macam - macam lagi. TERUS TERANG KAKAK BERITAHU, kakak tak makan supplemen langsung for the second pregnancy. Fikir, tak apa lah. Nanti kalau dia dah lahir, beri jer makan supplemen. Tapi telahan kakak salah. Percaya lah,
Sebab jarak kelahiran yang terlalu dekat, maka Adik Affan bersalin secara ELECTIVE CAESAR. Maksudnya, boleh pilih date nak bersalin. Tak payah tunggu CONTRACTION BAGAI. Kalau tidak, kakak nak BERSALIN hari Jumaat macam Abang Ki tapi sebab dah lewat and perut dah MENGERAS, dia pun bersalin hari SELASA....
Hari SELASA pun sampai. Caesar ni sekejap jer. Setengah jam dah habis. Pengalaman pertama CAESAR dalam sedar. Masa Abang Ki dulu, memang PENGSAN TERUS. Adik Affan separa sedar. Bius separuh badan sahaja. Pengalaman bersalin CAESAR ni memang sebiji macam blogger Nameera Roslan dalam blog dia. Baca lah. Memang sebijik..... Rasa goyang, semua ada.
Pic ni Babah dia yang ambil. Masa ni, kakak pun tak tahu kenapa dia boleh senyum lebar sampai macam tu.....
Nyenyaknya dia tidur. Nampak comel sangat. Macam nak cium jer muka dia masa tu...
Masa ni, dia baru lepas kena marah. Sanggup dia tidur sendiri sambil duduk???
Dia membesar sama sahaja macam baby lain. Tapi perwatakan dia berbeza 100% dengan Abang Ki. Dia membesar dengan watak yang SUKA MENANGIS. CRY BABY. Sejam sekali dia akan nangis. Sampai sekarang. Cakap orang memang betul. Perasaan dan perwatakan ibu mengandung akan mempengaruhi bayi yang dikandung. Mengandungkan Adik Affan, saya banyak bersedih dan berfikir kenapa cepat sangat saya mengandung, kenapa saya tak merancang dengan betul, kenapa dan kenapa. Sampai dia dah lahir dan membesar, saya baru memahami kenapa perwatakan dia begitu. Menyesal tak berkesudahan. Tapi saya bersyukur saya ada dia sebagai kawan. Abang Ki lebih rapat dengan babah dia dan nenek dia dan Adik Affan lebih rapat dengan saya. Kiranya, dia lah yang teman saya. Tidur pun dengan saya. Bayangkan kalau saya tak tidur SEBELAH DIA, dia akan nangis tengah malam dan marahkan kakak??? Adik Affan, Adik Affan....
Adik Affan ni pun ada masalah kulit yang teruk masa baby sampai sekarang. Sebab mama dia TAKNAK MAKAN SUPPLEMENT, Adik Affan ada masalah kulit dan selalu bermasalah setiap kali MEMBUANG. Kulit dia selalu gatal - gatal dan kasar. Lepas tu, MEMBUANG asyik menangis sebab SAKIT. Sampai sekarang. Kasihan dia. Sekarang dia minum susu Novalac untuk melancarkan dan memudahkan proses MEMBUANG. Di samping itu, kakak PAKSA DIA makan supplemen macam VITA LEA for Children dan Omega Guard untuk kulit dan otak dan untuk gatal - gatal di badan, kakak sapu HERBAL BLEND. In Shaa Allah, di entri akan datang, kakak akan cerita tentang supplement yang kakak sebutkan tadi. Alhamdulillah, syukur, memang berkurangan dan kesihatan dia pun semakin meningkat....
Kesimpulannya, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT. Kepada ibu - ibu mengandung di luar sana, pengalaman mengandung dan melahirkan adalah satu pengalaman yang terindah dan manis. Namun, janganlah sampai mengabaikan kesihatan diri dan kandungan. Sampai sekarang, kakak sentiasa berusaha MERAWAT Adik Affan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan dia sentiasa berada di tahap yang terbaik. In Shaa Allah, Aamiinn...
Assalammualaikum and have a great day ahead lovelies
Your Health and Beauty Consultant
KAMMARIA | kammarianajib@gmail.com
Whatsapp / SMS : 013 7357512
Wechat ID: Kammaria
Instagram: @rz_shaklee, @kammaria
Facebook: Kammaria Mohamed Najib



No comments:
Post a Comment