Kakak sekarang dah ada tabiat baru iaitu ONLINE SHOPPING. Best tau ONLINE SHOPPING ni. Tak yah keluar rumah buang masa survey bagai. Semua dah ada di hujung jari kita. Best kan? Kita cuma perlukan HANDPHONE yang boleh melayari internet and Intenet Service and terus jer... Budget terpulang. Kalau budget lebih, beli lebih. Kalau budget kurang, beli lah apa adanya. Hehehe
Kalau lah ONLINE SHOPPING macam ni kan best. Tak payah tunggu transporter hantar barang. Hehehe
Perkenalan kakak dengan ONLINE SHOPPING ni bermula tahun 2012 lepas Zikri lahir. Masa tu dah nak dekat raya tau. Tengah cari baju raya masa tu. Nak keluar survey memang dah tak boleh dah. Pulak masa tu, dah ada anak kecik. Suami pulak tak suka sangat layan kakak pergi beli baju raya ni. Almaklumlah, PEREMPUAN. Kakak ni memang kalau beli baju lah especially BAJU RAYA. Memang pergi banyak kedai nak tengok fesyen bagai. Memang lambat JATUH CINTA bab - bab beli baju ni. Dari 1 tempat ke tempat yang lain semata - mata untuk SEPASANG BAJU RAYA. Bila Zikri lahir, kakak dah fikir dah. Kakak tak boleh macam dulu. Keluar rumah berjam - jam semata - mata nak beli baju. Membazir kan? Pulak dah ada anak. Takkan nak harapkan mak jaga jer? Kesian jugak kat dia....
Jadi, kakak tengah melayari FB, kakak nampak iklan BAJU RAYA. Kakak fikir, why not? Tak cuba, tak tahu. So, untuk pertama kalinya, kakak pun belajar untuk beli. Tapi PENGALAMAN PERTAMA ONLINE SHOPPING KAKAK ni tak seronok. Lambat dapat. Kalau tak silap, lagi 2,3 hari nak raya baru dapat baju tu. Padahal dia janji dapat cepat. Tapi tapi tapi kakak tak serik langsung.... Lepas tu, kakak belajar ONLINE SHOPPING dengan lebih bijak. Belajar tentang material dia, pattern baju dia, macam - macam lagi lah.
Sekarang, kakak happy sangat sebab kakak dah tak payah keluar rumah nak beli baju bagai. Duduk rumah, ada internet, ada WiFi, survey, berkenan terus beli. Suami pun dah tak marah sebab kakak dah tak payah suruh dia teman kakak pergi beli baju. Hehehe. Sampai kan kalau pergi mana - mana, ada jer baju yang kakak berkenan, dia kata tak payah beli. Beli ONLINE sudah sebab lagi cantik, lagi berkualiti. Silap - silap lagi murah kalau kita pandai cari yang betul... Macam sekarang, kakak lebih suka melayari Instagram sebab picture - picture dia lebih jelas, pastu details dia lebih complete. Tak macam Facebook. Hehehe
Kalau kau orang perasan pada post yang lepas, kakak ada tunjuk masa majlis kahwin 2 pupu kakak. Baju yang kakak pakai ni pun daripada one of my favourite online shop iaitu Minimalace. Nama Insta dia @minimalace. Cari lah. Baju dia pun lawa - lawa belaka. Hehehe.
Sebab kakak dah masuk business Shaklee, maka kakak lebih suka post kat Instagram sebab kelebihan hashtag dia tu. Letak jer apa - apa hashtag, mesti akan keluar barang - barang yang kita nak. Yang penting, janganlah kita menyalahgunakan kelebihan hashtag pada benda - benda yang tidak ada kena mengena langsung. Itu memang tak patut!!! Kalau kau orang nak beli produk - produk Shaklee pun dipersilakan #visitmyig kat @rz_shaklee . In Shaa Allah, kakak akan beri servis yang terbaik. Hehehe
Bila kita dah tahu kebaikan Online SHOPPING, jangan pula kita salah gunakan pulak yer. Berbelanja ikut kemampuan. Bila kakak dapat tahu banyak orang yang sanggup BERHUTANG semata - mata nak ONLINE SHOPPING, kakak sedih jugak. Yer lah, berbelanja ikut kemampuan dan berbelanjalah dengan bijak....
Sekian, Assalammualaikum and have a great day ahead lovelies....
Your Health and Beauty Consultant
KAMMARIA | kammarianajib@gmail.com
Whatsapp / SMS: 013 7357512
Wechat ID: Kammaria
Instagram: @rz_shaklee , @kammaria
Facebook: Kammaria Mohamed Najib


No comments:
Post a Comment