Saturday, 28 March 2015

Cemburumu........

Assalamualaikum kawan-kawan,

Tengok tajuk pun mesti dah gelak kan? Macam Kama memang gelak bila tulis tajuk ni. Teringat lagu Erra Fazira. Cemburumu....... Apa sebenarnya??? Kakak rasa setiap orang mesti cemburu aka jelaous apabila tengok orang lain BERJAYA, BAHAGIA dan sebagainya. Tapi tapi tapi biarlah positif dik ooiiiii. Bukan NEGATIF tau. JEALOUS NEGATIF ni kakak tak main lah. Merugikan diri sendiri adalah. Tak ada MAKNA pun.....

Kau orang pernah tengok cerita PENGANCAM PERKAHWINAN??? Itu contoh NEGATIF JEALOUS. Sanggup jatuhkan orang lain semata-mata untuk berjaya. Sampai weeding kawan baik dia sendiri hampir MUSNAH gara-gara NEGATIF JEALOUS ni lah. Ish ish ish........ Kakak yang tengok ni pun sakit mata dan hati jugak. Yer lah, macam kata watak Sari Yanti dalam citer tu ( entah, dah lupa nama watak dia), kalau kita panggil dia SHREK pun, bukan boleh buat kita cantik. Lebih kurang macam tu lah..... Buat apa kita nak menanam NEGATIF JEALOUS dalam diri kita??? Buat penat jer pun. Last - last, she JUST LET IT GO AND KEEP MOVE ON TOWARDS LIFE. Ceh, fefeeling MAT SALLEH lah pulak. Saja jer nak POLISH ENGLISH yang dah berkarat ni. Last - last dia orang berbaik - baik semula and kawan baik dia orang pun dapat kahwin. Nampak tak di sini??? Heheheh

Ini lah barisan Pelakon drama Pengancam Perkahwinan yang disiarkan di Astro Ria. Cerita lama ni..... TAPI banyak mesej


Yang kakak nak sembang di sini ialah POSITIVE JEALOUS..... Kakak suka menanam feeling POSITIVE ni. Kakak berpendapat, POSITIVE FEELING WILL BRINGS YOU TOWARDS SUCCESS IN LIFE. Tak kisah kita SUSAH macam mana pun, in the end, biler kita think POSITIVE, everything will be SENANG.

Contoh paling senang, MAKAN. Masa mula - mula kahwin dengan En.  Suami dulu, time balik kampung MESTI LEMAH SATU BADAN. Yer lah, terus terang kakak tak boleh makan langsung lauk yang MIL kakak masak. Serious ni. Tak tipu. Kakak ni dah biasa makan lauk SEDAP macam Asam Pedas, Kari, Lontong, Laksa bagai lah. Padahal, lauk tu semua biasa lah orang makan. Padahal, mak yang masak sedap. Hehehe. Tapi, bayangkan bila balik kampung, MIL kita masak PUCUK UBI, PAKIS MERAH? Lauk kampung lah katakan. Padahal, kakak TERUS TERANG CAKAP, kakak memang tak pandai makan LAUK - LAUK KAMPUNG NI. Mesti kau orang rasa kakak ni BERLAGAK MACAM ORANG KAYA. Nak makan sedap - sedap. Tapi, serius TAK BOLEH TELAN. Pulak, pasangannya IKAN GORENG. Apa - apa ikan yang ada, memang goreng jer pun. Tulah LAUKNYA. Hampir setiap hari pulak tu. Cakap senang, LAUK SAYUR AIR DENGAN IKAN GORENG. Hah, macam tu lah.... Kakak ingat lagi, memang kakak makan pagi petang, makanannya nasi, ikan goreng dengan KICAP. Yer.

Tapi, KEAJAIBAN TERJADI. Kakak dah lupa bila masa kakak makan PUCUK UBI. Sedap giler dik ooi..... Sampai makan 2 KALI TAMBAH. Padahal lauknya, SAYUR AIR DENGAN IKAN GORENG. Kan??? Sekarang, balik kampung SEMANGAT SATU BADAN. Tertunggu nak makan lauk yang MIL masak. Kakak memang tak masak kalau balik kampung ni. MIL yang masak. Yer lah, MAK En Suami. Air tangan dia memang ditunggu - tunggu. Kakak cuma jadi PEMBANTU jer. Tu pun jarang kerana REWEL Afan yang menjadi-jadi.... Hehehe

My favouite dah sekarang.... Sedap. Dulu tak suka, sekarang kegilaan ni...


Nampak tak di sini? Semuanya MINDSET KITA JER. Kalau kita ubah MINDSET kita, yang susah pun akan jadi senang. Serius, kakak masuk biz Shaklee, POSITVE JEALOUS biler ahli - ahli group dalam biz ni BERJAYA. Tadi, baru CLOSING, ramai yang rank up, ramai yang berjaya dan MAJU KE HADAPAN JER.... Dah tak menoleh ke belakang lagi. Masing - masing dah capai pendapatanan 3,4 malah 5 angka pun dah ada. Malahan, ada yang dah sempurnakan CAR FLEET pun ada.... Tapi dia orang memang baik hati semua. Tak loket dengan ilmu, tak kisah berkongsi RAHSIA BERJAYA DENGAN SHAKLEE, yang penting TAK SOMBONG DENGAN KEJAYAAN YANG DIMILIKI. Kan??? Kakak pun nak jadi macam dia orang. Kata orang, macam resmi padi, makin berisi, makin tunduk. Tu yang kakak bersemangat nak jadi macam dia orang....

Kakak nak BERJAYA dengan Shaklee. Kakak nak MAJU dengan Shaklee. Kakak nak NAIK RANKING from SID to Supervisor Shaklee and rank up lagi, lagi and lagi. Kakak nak pendapatan 4, 5 angka dengan Shaklee. Kakak nak achieve 3C bonus from Shaklee. Kakak nak tolong orang lain jugak untuk berjaya dalam Biz Shaklee ni. Doakan kakak berjaya yer, moga semuanya dipermudahkan. In Shaa Allah, Aamiinn......

Kesimpulannya, POSITIVE JEALOUS ni boleh motivate kita untuk terus maju dan berjaya. Banyak kebaikan bila kita bersifat POSITIVE JEALOUS ni. Boleh memandu ke arah SUCCESS...

Assalamamualaikum and have a great day ahead lovelies....

Wanted the best consultation and follow up?

Be my customer and I promise the best consultation all my life. In Shaa Allah....

Your Health and Beauty Consultant
KAMMARIA | kammarianajib@gmail.com
Whatsapp or sms: 013 - 735 7512
Instagram: @rz_shaklee, @kammaria
Facebook: Kammaria Mohamed Najib

Thursday, 26 March 2015

SUSTAINED RELEASE VITA C SHAKLEE - PELEPASAN PERLAHAN

Assalamualaikum kawan-kawan,

Seperti yang dijanjikan, entri kali ni, Kama akan bercerita kebaikan dan manfaat SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS SHAKLEE ni. Kalau kau orang follow blog ni, mesti kau orang dah tahu tentang JANGKITAN satu set penyakit adik beradik yang Kama satu famili hadapi. Dannnnn yang bestnya, Kama lah antara yang terawal yang CEPAT BAIK. Alhamdulillah, syukur. Susah jugak tau bila orang yang kita sayang SAKIT. Dahlah, anak-anak Kama takut makan ubat. Hehehe. Sama macam mama dia....

Serupa macam pic semalam, ini lah contoh botol dia.......


Kama tertarik dengan supplemen ni sebab DIA MELEPASKAN SUMBER VITAMIN C SEMULAJADI JAM DEMI JAM tau. Maknanya, bila kita consume, dia tak HILANG TERUS. Dia release SLOWLY ikut badan kita. Biasanya tubuh badan kita sering kehilangan Vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Jadi, dengan supplement ni, hilang jer Vitamic C, dia ganti. Jadi, tiada PEMBAZIRAN LANGSUNG. Pelepasannya pulak ialah sebanyak 100mg setiap jam.... Kan satu tablet ada 922.0mg? Jadi PELEPASAN PERLAHAN-LAHAN SELAMA 8 JAM....

Selain itu, pengambilan Vitamin C secara konsisten boleh membantu pembentukan KOLAGEN iaitu sejenis PROTEIN yang menyusun tubuh manusia. Sebab itulah, si pengamal akan mendapati kulitnya lebih LICIN, TEGANG DAN CANTIK dan LUKA CEPAT SEMBUH kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.....

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormon anti - stress dan INTERFERON (hormon fungsi imun). Doktor - doktor berpendapat, the more you stress, the more you need Vitamin C. Kita tahu bahawa STRESSING boleh memusnahkan Vitamin C dan oleh kerana kekurangan Vitamin C, SISTEM IMUN KITA MENJADI LEMAH dan MUDAH DISERANG PENYAKIT.

Manfaat lain ialah pengambilan Vitamin C dapat MENINGKATKAN SISTEM IMUN dengan membina sel darah merah untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom SELESEMA

Vitamin C juga dapat memerangi kanser di mana ia satu-satunya anti-oksida yang berkuasa dan mampu meningkatkan INTERFERON SEMULAJADI tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.

Pengambilan setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih CANTIH, CERAH, MELAMBATKAN PENUAAN dan MENYEKAT PEMBENTUKAN PIGMENTASI. Pigmen adalah penyebab utama kejadian JERAGAT.

Kelebihan Vitamin C lain adalah:

-Baik untuk IMUNISASI DAN DAYA TAHAN BADAN
-Mengurangkan simtom DEMAM
-Mengatasi masalah jerawat DEGIL, PASIR dan NASI
-Membantu kulit sensitif seperti EKZEMA dan RESDUNG
-Mengurangkan kesan SUNBURN
-Menjadikan kulit lebih GEBU dan melembapkan kulit dari dalam
-Mengurangkan KEDUTAN dan TANDA PENUAAN
-Tona kulit menjadi lebih sekat
-Mengurangkan kadar PLUMBUM dalam darah dengan mendadak. Sesuai untuk PEROKOK
-Mencerahkan kulit secara semulajadi

Vitamin C Shaklee juga didatangkan dengan BIOFLAVANOIDS iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan Vitamin C dengan lebih baik.

Kalau kau orang nak lebih berkesan, boleh diambil bersama ESP tau. Ialah, ESP kan IBU SEGALA VITAMIN dalam Shaklee. Memang hasilnya MENGAGUMKAN



Nampak tak hasilnya. Excited kan?


Kesimpulannya, apa-apa jenis supplement yang kau orang ambil, Kama cadangkan supaya KONSISTEN dan SABAR. Kata orang, biar LAMBAT tapi hasilnya selamat untuk jangka masa panjang. Barulah, kesan OPTIMUM dapat dirasai....

Berminat? BE MY CUSTOMER AND I PROMISE THE BEST CONSULTATION ALL MY LIFE. INSYAA ALLAH.

Your Health And Beauty Consultant
KAMMARIA , kammarianajib@gmail.com
Whatsapp: 013 7357512
Instagram: @rz_shaklee, @kammaria
Facebook: Kammaria Mohamed Najib

JANGKITAN SATU FAMILI DAN PENANGAN SHAKLEE!!!!

Assalamualaikum kawan-kawan,

Musim panas sekarang ni. Dengan demam sana sini.... Memang confirm berlaku jangkitan. Dan JANGKITAN ni bukan setakat kena kat adik beradik jer. SATU FAMILI AKAN KENA JANGKITAN. Termasuk lah Kama sendiri. Dan dia bukan setakat DEMAM SAHAJA. Kama gelar sebagai SATU SET PENYAKIT. Hahaha. Iaitu, DEMAM, SELESEMA DAN BATUK atau SAKIT TEKAK. Dannnnnn, memang SATU SET PENYAKIT ni kena pada Kama one whole famili....

Macam gini lah bila anak-anak dah kena JANGKITAN.....


Kama, anak-anak dan NENEK DIA. Yang in contatct dengan anak-anak Kama memang CONFIRM KENA. Sebab anak-anak Kama yang memulakan VIRUS NI. 😁😁😁. JANGKITAN ni bermula start anak Kama yang no 2..... Demam 3 hari berturut-turut. Kama memang tak berapa suka anak-anak bergantung pada ANTIBIOTIK untuk sembuh. Bila dia demam, Kama pun beri ubat demam jer. Bila dia dah sembuh, abang dia pulak kena. Kali ni, abangnya kena teruk jugak. Masa jemputan hari tu, Tuan Rumah sediakan AIS KRIM FREE untuk anak-anak kecik yang datang sana. Abang Ki pun pulun lah ais krim sampai 5 KON KECIK. Jadi dari situ lah bermulanya JANGKITAN...

Yang kena, PEREMPUAN SAHAJA. Yang in contact dengan Abang Ki. Kiranya, BABAHNYA, ATUKNYA AND UNCLE NYA TAK KENA LANGSUNG. Nampak sangat dia orang ni jarang-jarang PELUK Abang Ki. Hehehe. Dia orang masing-masing ada tanggungjawab. Jadi, memang kiter-kiter jer yang kena. Kali ni, JANGKITAN MEMANG TERUK. Lebih dari SEMINGGU. Neneknya lah yang paling teruk. Sampai kena CHECK DARAH dan disahkan paru-paru berkuman.

Yang paling CEPAT BAIK, mesti lah mama dia ni hah.... Penangan SHAKLEE lah katakan. Alhamdulillah, Syukur. Demam dan selesema Kama cepat baik. Masa kena tu, memang Kama MAKAN SUSTAINED RELEASE VITA C SHAKLEE lebih daripada biasa selama 3 hari berturut-turut bermula hari JANGKITAN SAMPAI LAH SEKARANG. Bukan apa.... Takut berjangkit. Sekaligus, KEIMUNAN SAYA BERTAMBAH. Hehehe. Nanti lah. Next entri, saya cerita kebaikan dan manfaat supplement ni eh.... Hehehe


Ini lah SENJATA Kama dalam menentang jangkitan...


Kesimpulannya, kita sebagai mama ni RAJIN-RAJINLAH MAKAN SUPPLEMENT. Bukan apa, untuk siapa lagi kalau bukan UNTUK KELUARGA??? Siapa nak jaga MEREKA KALAU BUKAN KITA???

Assalamualaikum and have a good day........

Wednesday, 25 March 2015

RINDU!!!!!!!!!!!!! Nak Update Blog.........

Assalamualaikum kawan-kawan,

Dah lama rasa tak update blog. Kata orang, update entri baru. Bukan malas nak tulis atau apa. Cuma minggu cuti sekolah ni memang jadual PACK HABIS.... 😉😉😉. Pulak cuti sekolah. Serba salah pulak tak luangkan masa dengan dia. Pulak character dia agak MEROYAN. Pantang nampak telephone. Asyik nak main sahaja. Bukan setakat TELEPHONE jer, semua gadget elektronik mak dia punya, dia nak godeh. SABAR JER LAH....

Cuti sekolah kali ni takder yang menarik pun. Menarik sebab MELAYAN KERENAH ANAK-ANAK JER LAH.... Hehehe. Tapi dua-dua memang perangai sama. MEROYAN NAK MAIN GADGET. Jadi mama dia tak berpeluang nak update apa-apa minggu tu. Kebetulan pulak, time-time macam tu lah berpeluang untuk BALIK KAMPUNG.... Teringat lagi lagu Allahyarham Sudirman, Balik Kampung. Kampung suami lah. Dekat jer, kat Benut. Dekat-dekat dengan Pontian. Hehehe...

Atuk dan Nyai dia asyik tanya tentang cucu dia jer. Padahal dia dah ada ramai cucu dah. Dalam 19 orang. Hehehe. Almaklumlah, anak saya yang sulung ni SUKA NAIK MOTOR. Jadi, memang pantang lah kalau balik kampung. Mesti nak naik motor. Atuk dia suka bawa dia naik motor. Dia pun memang pantang kalau atuk dia pakai seluar. Mula lah, MEMBONTOT atuk dia suruh dia bawah naik motor. Kampung biasalah, RULES tak ketat sangat. TAPI keselamatan menjadi keutamaan. Hehehe. Abang Ki, Abang Ki.....



Ini lah KELUARGA BESAR KAMA. Sebelah suami. Pic lama ni. Masa tu, adik nya masih dalam perut. Nampak tak BIRAS Kama di sebelah kiri tu? Masa tu, dia pun pregnant jugak. Kama due bulan 2, dia bulan 5. Macam plan nak sama-sama gitu. Hehehe...


Lain pulak dengan adik dia. Adik dia LANGSUNG TAK SUKA NAIK MOTOR. Pernah bawak sekali jer. Masa Raya tahun lepas. NANGIS TAK BERHENTI. 😭😭😭. Terus tak bawak lagi. Kalau abang dia suka MEMBONTOT atuk dia, adik dia suka MEMBONTOT mama dia. Susah nak ke mana-mana. Padahal bukan ke mana pun. MANDI jer. Susahnya.... Memang dia peneman setia mama dia. Tapi tu yang SAYANG TU.... 😂😂😂

Tak kisah lah apa pun. Yang penting, dua-dua ANAK MAMA YER. Hehehe....

Happy seorang Mama membela dan menjaga 2 HERO. Penat tapi seronok. Hahaha. Sabar jerlah banyak-banyak.....



Assalamualaikum and have a Nice Day....


Tuesday, 17 March 2015

MAJLIS PERKAHWINAN HASIMAH DAN ANWAR

Assalammualaikum kawan-kawan

Dah lama dah tak update blog sejak last entri. Bukan apa. Kama baru lepas meraikan majlis perkahwinan dua pupu Kama iaitu Hasimah dan Anwar. Majlis dia orang ni memang meriah habis. Almaklumlah, Hasimah ni atau lebih dikenali sebagai Ema ni anak sulung. Celebration perkahwinan anak sulung biasanya lebih meriah sebab first time buat kerja kahwin lah katakan. Jadi orang pun ramai yang hadir untuk memeriahkan majlis.

Kama satu family memang dari hari Khamis dah berulang-alik dari Johor Bahru ke Kota Masai. Yerlah, sebab dia orang satu family first time buat kerja kahwin. So, mesti nak guide and at the same time bantu apa-apa yang patut. Teringat masa kecik-kecik dulu, memang kita orang kalau beraya memang akan pergi beraya ke rumah dia orang satu famili. Cuma, bila dah besar panjang ni, dah jarang dah beraya rumah dia orang ni. Yerlah, sebab rumah dia jauh. Lebih kurang satu jam perjalanan dari rumah Kama. Pulak, Kama ikut orang tua. Kira bawak dia orang lah. Kalau dia orang pergi, Kama satu famili pun pergi. Hehehe...

Taman tempat dia orang tinggal ni memang mengamalkan sikap bergotong-royong tau. Kiranya, majlis perkahwinan ni dari A sampai Z menggunakan khidmat masyarakat setempat bermula dari masak sampai hari kemas meja, khemah bagai. Kira rewang lah. Kama tak sempat ambil pic dia orang bergotong royong semua sebab perangai anak-anak Kama sekarang yang pantang nampak HANDPHONE. Mesti sibuk nak main. Jadi, tak boleh lah nak ambil pic sangat. Kama memang KAGUM dan BANGGA dengan dia orang ni. Rajin rewang, bergotong-royong masak lauk. Kira sikap dia orang ni memang patut dipuji sebab majlis kan hari Sabtu. Dari hari Isnin, dia orang dah datang menolong. Bungkus berkat, rebus telur untuk buat bunga telur dan berbagai lagi lah. Lepas tu, dia orang datang BUKAN DENGAN TANGAN KOSONG TAU. Ada jer benda yang dibawanya. Mee goreng, kuih-muih, macam-macam lah. Tuan Rumah hanya perlu sediakan AIR. Kan best tu? Tak payah susah-susah. Hehehe. Sebab kan sekarang, pakai KATERING dah senang. Macam mak Kama. Hehehe....





Sempat bergambar dengan Pengantin Baru. SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!!!!


Ini Pakcik Saya. Kira pakcik KESAYANGAN lah ni.....







Kenalkan Pakcik saya jugak. Yang sulung. Memang ambil semua gambar dengan anaknombor 2 sebab dia gembeng sikit. Nak ikut mak dia jer. Jadi semua pic ada gambar dia. Hehehe



Bila dah berulang-alik ni, biasalah, PENAT dan LETIH memang tak dapat dinafikan. Pulak, dengan gelagat dan perangain anak-anak yang macam-macam. Pulak, anak yang nombor 2 tu DEMAM. Memang perasaan MARAH dan LETIH meluap-luap. Dengan rewelnya, gembengnya. Memang menguji kesabaran, Hehehe. Tapi, tapi, tapi, Alhamdulillah, sejak mengamalkan ESP SHAKLEE, badan yang LETIH dan LESU  kembali BERTENAGA dan SEMANGAT. Penat tu memang ada tapi kurang dah. Sempat marathon Drama Korea. Hehehe. Tidur pukul 3.30 PAGI. Kira tak ada masalah. Syukur, Alhamdulillah. Gabungkan dengan Vita Lea and Sustained Release Vita C kesan yang lebih efektif sebab majlis kahwin biasalah, Dengan cuasa panas, lemah. Sebab tak tidur sangat sebab marathon Drama Korea. Plus, MENINGKATKAN IMUNISASI badan sebab takut berjangkit dengan anak yang demam. Hehehe. Next entri, Kama akan cerita pasal manfat dan kebaikan Sustained Release Vita C pulak. So, tunggu......


Ini lah RAHSIA KEKUATAN SAYA...




Kama memang suka pergi majlis kahwin lagi-lagi bila sepupu-sepapat kita kahwin. Kita dapat jumpa mereka. Pastu, berbual dan bereloteh. Memang best. Hehehe

Akhir kata, Asssalammualaikum and have a great day lovelies....

P/S: Promo ESP SHAKLEE masih berlangsung tau. Kama nak bagi FREE GIFT to those yang beli ESP SHAKLEE with me. Jadi, jom sihat dan bertenaga macam Kama. Hehehe

Your Best Friend SID
Kammaria
013 7357512




Wednesday, 11 March 2015

APA ITU VITA LEA?

Assalammualaikum kawan-kawan,

Kalau kau orang tengok tajuk di atas, mesti kau tertanya-tanya apa itu Vita Lea Shaklee?

Di entri yang lepas, Kama cerita tentang kisah cinta Kama bersama ESP kan? Hehehe. Memang best lah ESP ni. Hehehe. Jadi, di entri kali ni, Kama akan cerita tentang kebaikan Vita Lea Shaklee pulak.




Kama ini memang jenis yang cepat pitam bila Kama berdiri lama masa perhimpunan, lambat makan dan bila keadaan sekeliling agak panas. Pulak, Kama ni memang jenis memilih makanan terutama makanan laut. Memang Kama tak boleh makan makanan laut sebab alergik. Sayur lagilah, memang tak makan sayur sangat. Yang Kama ingat suka makan ialah mee, nasi memang tak minat sangat. Tu sebab Kama ni jenis kurus sangat masa sekolah. Harap pipi jer tembam. Hehehe.

Bila dah kahwin pulak, barulah Kama sedar yang Kama ni ada masalah tekanan darah rendah. Masa sekolah memang tahu, tapi tahulah. Orang macam Kama yang takut makan UBAT atau SUPPLEMENT memang susah nak dipujuk untuk makan vitamin untuk menambahkan darah. Jadi, bila dapat tahu tengtang kebaikan dan khasiat Vita Lea ni, memang Kama tak ambil masa yang lama untuk fikir-fikir. Terus Kama order....

Banyak faedah yang kita dapat kita mengamalkan pengambilan Vita Leas secara konsisten. Antaranya ialah:

a) Penambah Tenaga Segera
Vita Lea Shaklee ni berfungsi sebagai pemberi tenaga segera, untuk kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Vita Lea juga membantu sistem memori dan memberi fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian terutama bagi golongan pelajar dan Mama macam Kama. Hehehe

b) Pelengkap Nutrisi
Kadang-kadang makanan yang kita makan belum tentu mampu membantu membekalkan semua nutrien yang seimbang dalam badan kita. Kadang-kadang ada masa jugak kita nak makan jajan dan sebagainya. Jadi di sini lah kerja Vita Lea ni. Dia akan menampung kekurangan pelbagai vitamin dan mineral akibat amalan diet yang tidak seimbang. Vita Lea juga sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang memakan sayuran (vegetarian) dan mereka yang mengalami kekurangan sel darah merah (anemia)

c) Keupayaan Sistem Produktif
Sistem produktif ini amat penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar kerana kandungannya yang mempunyai 30 nutrisi harian yang lengkap daripada sayuran, buah, vitamin serta mineral penting

d) Metabolisma
Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan berupaya melambatkan proses penuaan. Vita Lea juga berupaya menggalakkan pertumbuhan sel baru, tumbuh rambut, kulit dan sebagainya.

e) Melindungi Organ
Vita Lea Shaklee ini membantu melindungi setiap fungsi buah pinggang, jantung dan juga hati

Kama memang mengalami perubahan dari segi kesihatan dan kecantikan bila mengamalkan pengambilan Vita Lea Shaklee ini secara konsisten. Kama dah takder masalah pitam dah. Pastu kulit muka licin dan berseri jer. Syukur, Alhamdulillah. Sebab Vita Lea Shaklee ini adalah tablet multi vitamin yang paling pantas larut dalam air dan juga tubuh manusia, maka kesannya lebih cepat dan berkesan. Macam Kama sendiri, Kama suka combine dengan Sustained Release Vita C Shaklee kerana pengambilan kedua-duanya bersama mampu melindungi diri daripada serangan Penyakit TIGA BERADIK iaitu demam, selesema dan sakit tekak. Hehehe. Alhamdulillah, syukur. In Shaa Allah, di entri yang seterusnya Kama akan kongsikan manfaat dan kebaikan Sustained Release Vita C Shaklee pulak. Combine dengan Vita Lea Shaklee, memang resultnya kebaboom..... Hehehe

Harapan Kama semoga semua dapat manfaat dari apa yang Kama kongsikan pada hari ni. Yang penting, pengambilan supplement ni bukan bertujuan untuk merawat penyakit sebaliknya mencegah penyakit supaya tak datang ke dalam badan kita.

P/S: Penghidap Thalesemia tidak boleh makan Vita Lea yer. Takut memudaratkan pulak. Lagi satu. Memandangkan hari ini adalah hari anniversary Kama yang ke 4 Tahun, Kama nak bagi special gift pada customer yang beli ESP Shaklee untuk bulan ini. Nak tahu FREE GIFT aka SPECIAL GIFT tu apa, jomlah sambung dekat Whatsapp atau sms. In Shaa Allah, CONFIRMED BEST PUNYA....


Sekian, Assalammualaikum and have a great day lovelies...

Your Best Friend SID
Kammaria
013-7357512



Saturday, 7 March 2015

KISAH CINTA BERSAMA ESP.....

Assalammualaikum kawan-kawan

Kisah cinta Kama bersama ESP ni bukan macam sekali jer jumpa, terus jatuh cinta. Tak pun.... Kisah cinta Kama bersama ESP ni bermula bila Kama ambil set Tambah Darah Shaklee iaitu Vita Lea dan combine bersama Sustained Release Vita C memandangkan Vita C membantu penyerapan iron supaya penyerapannya lebih berkesan.....

Kalau kawan-kawan nak tahu, Kama memang ada masalah tekanan darah rendah atau berada di tahap paling minimum sekali sejak sekolah menengah lagi. Kama akan mudah PITAM bila Kama lambat makan atau keadaan sekeliling terlalu panas. Pernah sekali, Kama teman Mak pergi pasar. Waktu tu pagi. Kama tak makan tau. Fikir, masih pagi, selera pun tak ada. Baru setengah jam kat pasar, Kama dah rasa pitam dan nak muntah pun ada masa tu. Jadi, kita orang singgah kedai, duduk dulu, minum sekejap dan makan sikit, barulah rasa kurang sikit. Pulak, dengan keadaan pasar yang agak panas dan bising. Menyumbang jugak kepada PITAM yang Kama hadapi...

Bila dah berkahwin ni, keadaan menjadi semakin teruk. Alhamdulillah, ditakdirkan rezeki untuk mendapat anak adalah cepat. Kira, bunting pelamin lah. Memang Kama tak ada rehat langsung. Baru sahaja berkahwin, sudah nak jadi mama dah. Memang di awal perkahwinan, alahan Kama sangat teruk. Tak boleh bangun langsung. Cepat pitam, dengan mual-mual lagi. Syukur Alhamdulillah, masa tu duduk dengan mak. Memang dia lah yang menjaga Kama, masakkan makanan. Sampai ke tahap, goreng telur mata lembu untuk makan sendiri pun tak boleh. Dah terduduk sebab pitam....

Kama mengamalkan set ni pun lepas dah mempunyai 2 anak. Maklumlah, dulu belum JATUH CINTA dan SAYANG dengan SHAKLEE..... Lepas amalkan set ini, Alhamdulillah, Kama dah tak mengalami pitam dah. Kesihatan Kama terjaga, dan yang paling penting, Kama dapat benefit CANTIK....

Bila dah tahu kebaikan set ni, mulalah cari supplement lain untuk dapatkan TENAGA dan Kama dapat tahu ESP lah jawapan kepada TENAGA yang Kama cari-cari selama ini.

Jadi Mama kepada 2 orang hero dan Permaisuri kepada En Suami bukan senang tau. Siang hari, kena fokus jaga 2 hero. Lepas tu, tolong mak kemas rumah dia. Almaklumlah, duduk dekat. Tambahan pula, dengan umur mak yang semakin berumur dengan tak laratnya lagi, maka saya pun menawarkan diri untuk membantu dia mengemas apa-apa yang patut lah.

Malam hari pulak, kena layan 3 hero pulak tu. Siapa lagi kalau bukan anak-anak dan En. Suami? Hehehe. Memang betullah kata orang. Routine seorang PEREMPUAN. Kena jadi Mama, Isteri dan Anak. 24 Hours, 7 Days a Week. Tak apalah. RESPONSIBILITY. Kalau lah saya bekerja, macam mana dengan keluarga pulak? Jadi, saya tekad. Saya mesti cari supplement yang boleh beri saya EXTRA TENAGA dan paling penting kena MAINTAIN TENAGA supaya tak lemah dan lesu. Hehehe

Masa kenal ESP, saya fikir "yeke? Boleh ker beri TENAGA yang saya cari-cari selama ini"? Lalu, saya pun tekad. Selagi saya tak cuba, saya tak tahu. Maka, saya pun bulatkan tekad dan cuba....

Mula-mula, saya ambil maksimum 3 sudu waktu pagi sahaja. Lepas tu, saya rasa macam tak mampu bertahan sampai malam sebab bila malam sahaja, saya cepat FLAT macam tayar pancit tu. Jadi saya ubah routine ESP saya kepada 2 kali sehari sahaja. Sekali di waktu pagi dan sekali di waktu malam.

Memang berbeza sangat!!! Siang, saya dah tak LEMAU dan LESU dah. Nak buat kerja jer, masih bersemangat. Maklumlah, AURA POSITIF ESP dah meresap dalam diri. Hehehe. Biasalah, manusia. Time-time malas mesti lah ada. Sekali rajin dah datang, cepat jer dah siap. Anak sulung saya dah masuk Tadika. Jadi, bila dia dah pergi sekolah, saya boleh fokus jaga anak kedua saya. Bila dia dah tidur, saya masih sempat buat blog untuk cerita mengenai diri saya sendiri dan SHAKLEE macam sekarang. Hehehe. Tidur siang pun dah jarang-jarang dah. Sebab masa saya sentiasa terisi dengan aktiviti-aktiviti yang positif macam SHARING pasal SHAKLEE dan kemas rumah mak. Sebab, saya masih belum mahir drive kereta, pulak saya tak ada kereta untuk hantar anak ke Tadika, Jadi, mak saya yang tolong hantarkan, Terima Kasih Mak...... Syukur Alhamdulillah......

Yang paling saya suka, ESP ni membantu MENCANTIKKAN dan MEREMAJAKAN diri saya dari dalam. Almaklumlah, dah mencapai usia 30an, mesti kulit dah kurang anjal dan tegang. ESP ni pun best tau untuk membantu MENGANJALKAN dan MENEGANGKAN kulit. Paling best, kulit lembut jer. Bukan muka jer tau, satu badan lembut. Bila dah lembut, tak payah lah susah-susah nak pakai bedak atau pun losyen sebab bila kita dah mandi, mesti kulit macam melekit sebab sabun yang kita pakai tu. Pakai losyen pun tempat yang cepat kering jer macam siku, lutut dan tapak kaki jer. Hehehe. Syukur Alhamdulillah....

Routine waktu malam pulak, Kama ambil ESP sebab Kama nak kurangkan makan makanan berat di waktu malam, Almaklumlah, Kama ni kuat jajan pun ya. Hehehe. Macam-macam yang Kama nak makan. Nasi, Mee, Pizza, KFC. Macam-macam lagilah. Pulak umur dah 30an, jadi metabolisma dah berkurang. Bila metabolisma dah berkurang, apa-apa yang kita makan akan bertukar menjadi LEMAK sebab Sistem Metabolisma kita dah berkurang untuk menukar makanan yang kita makan menjadi TENAGA. Bila dah makan makanan BERAT, kita akan menjadi lebih cepat MENGANTUK dan LEMAH serta LESU sebab makan banyak sangat. Tertidur terus, alamatnya CEPAT GEMUK lah kita. Kama tak nak GEMUK!!! Jadi, Kama ambil ESP supaya nafsu makan berkurang. Bila nafsu makan berkurang, kita LEBIH BERTENAGA dan KURANG MENGANTUK dan KURANG LAPAR. Bila semua dah berkurang, senang lah nak CONTROL berat badan. Tak lah GEMUK. Kata orang, yang sedang-sedang saja itu lebih baik kan??? Hehehe. Syukur, Alhamdulillah....




Kalau saya minum ESP, saya suka bancuh dengan Tamar Cocoa. Tak kisah lah, suka bancuh dengan apa pun. Khasiat nya tetap sama. Rasa dapat EXTRA lagi kot sebab bancuh dengan Tamar Cocoa dapat khasiat kurma, bancuh dengan Tropicana Twister dapat khasiat oren, Macam gitu lah....



Ni pulak testimoni customer yang mengamalkan Shaklee. Kurus jer kan? Nampak muda pun yer. Pastu awet muda pulak tu...


Jadi, kesimpulannya, kalau kawan-kawan macam saya, masih mencari TENAGA, CANTIK atau KURUS TETAPI SIHAT, cuba lah ESP. Memang tak mengecewakan. Jangan menyesal sudah. Saya menyesal pun ada. Sebab TERLAMBAT JATUH CINTA DAN JATUH SAYANG DENGAN SHAKLEE. Tapi, saya sempat sedar. Hehehe. Dah umur 30, baru sedar. Hehehe....

Niat saya ambil ESP pun untuk kesihatan dan kebaikan diri sendiri dan juga kelurga . Mudah-mudahan. In Shaa Allah, Aamiinn.....





P/S: Bulan March adalah bulan promo ESP. Saya dah grab at least 2 tong untuk diri saya sendiri. Sebab beli 2 tong sahaja, memang tahan untuk SETAHUN KOT? Hehehe. Jimat pun jimat. Berbaloi? Memang berbaloi-baloi.....

Jom Kawan-Kawan....

Till then, Assalammualaikum and have a good day lovelies

Your Best Friend SID
013-7357512
kammarianajib@gmail.com

Wednesday, 4 March 2015

JATUH CINTA, JATUH SAYANG, KELUARGA, FAMILY DAN SHAKLEE........

Assalammualaikum kawan-kawan,

JATUH CINTA???? Saya rasa semua manusia di dunia ini mesti suka pasal topik ini... Tak kisah lah kita cintakan siapa kan? Cinta kepada keluarga pun CINTA, cinta kepada pasangan masing-masing pun CINTA. Yang penting kita sebagai seorang Muslim wajib mencintai Tuhan yang telah pun menciptakan dan menghidupkan kita di atas muka bumi miliknya ini, iaitu ALLAH Yang Maha Esa....


Itulah antara sebab kalau kau orang follow blog saya, mesti tahu bahawa yang penting CINTA saya mestilah kepada FAMILI saya dan KELUARGA saya sendiri. Kalau Allah S.W.T.tak menerbitkan perasaan CINTA dalam hati saya, macam mana saya nak menyayangi keluarga saya dan melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang memang ALLAH S.W.T dah amanahkan kepada saya? Macam saya, kadang-kadang bila saya melakukan tugas sebagai seorang mama, contohnya memandikan anak-anak, mesti saya akan cakap, "kalau mama tak sayang Iki, mesti mama tak mandikan Iki"? Faham tak maksudnya di situ? Kalau kita tak ada rasa kasih dan sayang dalam diri kita, macam mana kita nak melaksakan tanggungjawab yang memang Allah S.W.T dah bagi pada kita?


Bila kita dah ada rasa CINTA dan SAYANG dalam diri kita, mesti kita nak berusaha untuk membahagiakan mereka dengan cara melakansakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. TAPI, kalau kita sakit, badan tak sihat, macam mana kita nak melaksanakan tanggungjawab yang telah pun diamanahkan kepada kita? Itulah sebab sebelum ada rasa CINTA dan SAYANG pada orang lain, kita mestilah CINTA dan SAYANG pada diri kita sendiri. Bila kita CINTA dan SAYANG pada diri kita sendiri, barulah kita ada peraaan tu untuk diberi dan dikongsi bersama orang lain.....


Saya sendiri memang JATUH CINTA dan JATUH SAYANG pada.....







SHAKLEE lah.....



Imej ini adalah ihsan Google......

Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, saya kini ialah seorang Shaklee Independent Distributor (SID) yang sah. Alhamdulillah. Hehehe.....


Terus terang saya cakap, saya ni memang penakut pada UBAT. Tak kisah lah, ubat apa pun. Memang saya akan KALAH dan kalau boleh, taknak makan UBAT langsung. Tapi tu masa saya masih SINGLE lah. Hehehe. Kenangan saya bersama UBAT memang tak boleh dilupakan. Masih teringat saat saya jatuh sakit dulu, saya jumpa Doktor, mesti mintak ubat CECAIR sebab takut telan UBAT berbentuk kapsul atau tablet. Dalam fikiran saya ni, macam-macam yang saya fikirkan, Takut UBAT sangkut kat tekak, saya MATI, takut rasanya yang lebih pahit dari UBAT CECAIR. Macam-macam lah. Memang perangai saya ni mengalahkan anak kecil. Padahal masa tu dah Sekolah Menengah pun perangai masih tak berubah. Sekarang, kedua-dua anak saya mewarisi tabiat buruk saya iaitu, TAKUT MAKAN UBAT.. Hahaha, padan muka kau, Kammaria!!!! Sekarang saya pulak merasa perasaan Emak dan Abah saya gara-gara perangai anak dia yang takut makan ubat. Sekarang dah ok pun. Makan Shaklee pulak sekali dapat manfaat kesihatan dan kecantikan, siapa tak nak kan? Saya nak......






Kenalkan Mak dan Abah saya... sebab dlm blog yang lepas, lupa nak letak pic dia orang. Apalah aku ini? Boleh lupa nak letak.... Haipp...... hehehe

Saya mula JATUH CINTA dan JATUH SAYANG pada Shaklee ni sejak saya kenal dengan satu orang ni. Nak kenal tak? Saya memang kenal Shaklee ni, tapi perasaan CINTA dan SAYANG tu tak ada. Jadi, saya pun tak ambil pusing nak tahu pasal produk ni......


Ini lah Ummi aka MENTOR saya yang kenalkan saya pada Shaklee. Cantikkan? Jangan risau. Saya dah minta kebenaran dia untuk letak pic ini sebelum saya post...... Nak admire tak apa, nak contohi dia pun tak apa, tapi jangan ada apa- apa feeling yang lain pulak sebab OFFICIALLY dia ni dah jadi Isteri orang and dah jadi mama pun.... 


Saya ni sebenarnya ada masalah tekanan darah rendah sejak sekolah lagi. Sampai saya dah berkahwin dan mempunyai anak pun, masalah tu tetap ada. Pulak saya kena jaga 3 orang HERO yang sememangnya memerlukan saya. Jadi semasa saya melayari internet, saya kenal lah dengan Ummi ni yang kebetulan mengalami masalah yang sama dengan saya iaitu, TEKANAN DARAH RENDAH. 

Set pertama yang saya beli ialah VITA LEA dan SUSTAINED RELEASED VITA C. Nanti saya akan ceritakan manfaat dan kebaikannya dalam post yang seterusnya yer......

Buat semua yang ingin mengekalkan kesihatan yang baik dan berkekalan, boleh lah cuba set ini. 
In Shaa Allah, tak akan menghampakan.....

Alhamdulillah, sejak saya mengamalkan supplement ini, saya dah tak mengalami masalah ini dah. Bahkan, saya juga mendapat manfaat dan kebaikannya. Jangan risau sebab produk ini sememangnya halal, safe dan yang paling penting sekali NATURAL.....

Sebagai kesimpulannya, tak salah kalau kita ada perasaan ini. Asalkan pada jalan yang betul. Dan yang penting, janganlah kita melupakan Pencipta kita yang satu yang telah memberikan kita perasaan ini iaitu Allah S.W.T. Tanpa Dia, tak mungkin saya ada di sini untuk menulis tentang feeling bagai ni.

Sekian, Assalammualaikum and have a nice day lovelies....

Your Best Friend Shaklee Independent Distributor
Kammaria 
kammarianajib@gmail.com
Whatsapp: 013-7357512







Monday, 2 March 2015

KELUARGA

Assalammualaikum kawan-kawan

Entri kali ini saya nak ceritakan tentang KELUARGA aka family....

Saya ni anak sulung daripada 4 adik beradik....
Saya ni nama jer anak sulung tapi macam anak bongsu pun yer....
Selalunya anak sulung ni kan yang akan memimpin keluarga dia....
Tapi saya pulak yang jadi orang yang dipimpin....
Almaklumlah fikiran pun macam budak-budak.....
Itu lah yang selalu En.Suami cakap dengan saya. Hehehe....
Kena ubah ni....

okok. Stop about me ! :)

Jom baca cerita tentang mak saya....
Nama dia Esah Binti Ahmat. Orang Johor ni. Jawa tapi tak tahu cakap. Tanya kenapa, dia cakap atuk taknak ajar. Enatahlah. Masakan dia memang TERBAIK. Yerlah, air tangan ibu..... Sayang Mak....

Abah saya pulak, nama dia Mohamed Najib Bin Ahmad.... Dah menikmati hidup dengan MELAYAN anak-anak saya. Maklumlah, cucu masih baru.... hehehe. Sayang abah....

Jom baca cerita tentang adik-beradik saya....


Ni kita orang masa raya dulu...
Muka sumer budget muka baik... haha



Skang ini lah KAMI.....
Semua dah besar dah....
Tua tu belum kot....
Sebab saya pengamal TEGAR Shaklee tau....
Pasal Shaklee ni, nanti lah saya cerita yer....

Nama adik saya yang kedua, Suraya...
Baru kahwin tahun lepas dan dah nak mendapat cahaya mata pertama tak lama lagi........ In Shaa Allah, Aamiinn... doakan yer.... dah plan dah. Dia dah lahir nanti, panggil saya Aunty Kama.... heheh

Yang ketiga, Hamidah....
Dia dah kerja dah. Nama dia lagilah. Pergi JPN sampai dua kali gara-gara nama. Nama dalam surat beranak dia Hamidah Binte Mohamed Najib. Dalam kad pengenalan dia, Hamiidah Binte Mohamed Najib. Double i tu. Asyik salah saja. Last - last dibiarkan begitu sahaja. Sampai sekarang nama dia Hamiidah. Double i.... Cian midah shi. Peminat tegar Korea ni...

Yang bongsu dan yang last sekali Azuan.
Panggil dia Awan. Saya masa kecik-kecik dulu suka tanya kenapa mak panggil dia AWANG? Mak kata, bukan. AWAN. Dia pulak bila mak kata nama dia awan, dia kata bukan. Yerlah. Awan tu kan macam yang atas langit tu.... Hehehe.

Itulah ringkasan tentang kita orang.....
Harap-harap suka lah...
Apa-apa komen akan diterima dengan cara positive.

Sekian.
Assalammualaikum...


and this is the picture of our BIG FAMILY . may Allah bless our family always :)







Sunday, 1 March 2015

AKU

Assalammualaikum,

Pertama sekali saya nak mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana membuka hati saya untuk membuat blog ni....
Cewahhhhh.....
Macam skema lah pulak....
Heheheh.....
Sebenarnya saya nak memperkenalkan diri saya
Dah tajuknya pun AKU kan.....

Nama saya Kammaria Mohd Najib

Tahun ini saya berumur 30 tahun...
Dah masuk 30 series dah....
Saya dilahirkan pada 5 September 1985....
Saya kini sudah berkahwin dan menjadi isteri kepada suami tercinta Majelan Bin Mohsinon
Jangan tanya kenapa nama suami saya macam tu...
Dia PURE JAWA ok......
Pandai cakap Jawa tau... Ini saya masih belajar dengan dia.. hehehe
Saya dah ada 2 anak dah...
Dua-dua hero.... belum ada rezeki nak dapat heroin lagi... In Shaa Allah... doakan yer....
Nama dia jeng jeng jeng....
1. Mohamad Raiyan Zikry Bin Majelan
2. Muhammad Raiyan Zafran Bin Majelan

Jadi kau orang dah tentu boleh agak dari mana saya dapat nama blog ni kan? (krzm85.blogspot.com)


Moga family yang dibina ini berkekalan sampai akhir hayat dan seterusnya sampai ke Jannah. In Shaa Allah, Aamiinn......


P/S: Next update saya akan cerita tentang KELUARGA saya pulak....


Terima kasih kerana sudi membaca...

Sekian. Terima kasih....
Assalammualaikum....

btw , ada gambar sikit di bawah ni . jengukjenguk laa yaa :D (Y)




semoga RUMAHTANGGA ini kekal hingga ke Jannah dan 
diredhai ALLAH SWT . AMIN :)



anak pertama , Mohamad Raiyan Zikry Bin Majelan :)


anak kedua , Muhammad Raiyan Zafran Bin Majelan :)


with beloved family on HOLIDAY at i-City, Shah Alam, Malaysia (Y)


kehidupan KELUARGA yang penuh dengan riang dan gelak ketawa :D