Tuesday, 17 March 2015

MAJLIS PERKAHWINAN HASIMAH DAN ANWAR

Assalammualaikum kawan-kawan

Dah lama dah tak update blog sejak last entri. Bukan apa. Kama baru lepas meraikan majlis perkahwinan dua pupu Kama iaitu Hasimah dan Anwar. Majlis dia orang ni memang meriah habis. Almaklumlah, Hasimah ni atau lebih dikenali sebagai Ema ni anak sulung. Celebration perkahwinan anak sulung biasanya lebih meriah sebab first time buat kerja kahwin lah katakan. Jadi orang pun ramai yang hadir untuk memeriahkan majlis.

Kama satu family memang dari hari Khamis dah berulang-alik dari Johor Bahru ke Kota Masai. Yerlah, sebab dia orang satu family first time buat kerja kahwin. So, mesti nak guide and at the same time bantu apa-apa yang patut. Teringat masa kecik-kecik dulu, memang kita orang kalau beraya memang akan pergi beraya ke rumah dia orang satu famili. Cuma, bila dah besar panjang ni, dah jarang dah beraya rumah dia orang ni. Yerlah, sebab rumah dia jauh. Lebih kurang satu jam perjalanan dari rumah Kama. Pulak, Kama ikut orang tua. Kira bawak dia orang lah. Kalau dia orang pergi, Kama satu famili pun pergi. Hehehe...

Taman tempat dia orang tinggal ni memang mengamalkan sikap bergotong-royong tau. Kiranya, majlis perkahwinan ni dari A sampai Z menggunakan khidmat masyarakat setempat bermula dari masak sampai hari kemas meja, khemah bagai. Kira rewang lah. Kama tak sempat ambil pic dia orang bergotong royong semua sebab perangai anak-anak Kama sekarang yang pantang nampak HANDPHONE. Mesti sibuk nak main. Jadi, tak boleh lah nak ambil pic sangat. Kama memang KAGUM dan BANGGA dengan dia orang ni. Rajin rewang, bergotong-royong masak lauk. Kira sikap dia orang ni memang patut dipuji sebab majlis kan hari Sabtu. Dari hari Isnin, dia orang dah datang menolong. Bungkus berkat, rebus telur untuk buat bunga telur dan berbagai lagi lah. Lepas tu, dia orang datang BUKAN DENGAN TANGAN KOSONG TAU. Ada jer benda yang dibawanya. Mee goreng, kuih-muih, macam-macam lah. Tuan Rumah hanya perlu sediakan AIR. Kan best tu? Tak payah susah-susah. Hehehe. Sebab kan sekarang, pakai KATERING dah senang. Macam mak Kama. Hehehe....





Sempat bergambar dengan Pengantin Baru. SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!!!!


Ini Pakcik Saya. Kira pakcik KESAYANGAN lah ni.....







Kenalkan Pakcik saya jugak. Yang sulung. Memang ambil semua gambar dengan anaknombor 2 sebab dia gembeng sikit. Nak ikut mak dia jer. Jadi semua pic ada gambar dia. Hehehe



Bila dah berulang-alik ni, biasalah, PENAT dan LETIH memang tak dapat dinafikan. Pulak, dengan gelagat dan perangain anak-anak yang macam-macam. Pulak, anak yang nombor 2 tu DEMAM. Memang perasaan MARAH dan LETIH meluap-luap. Dengan rewelnya, gembengnya. Memang menguji kesabaran, Hehehe. Tapi, tapi, tapi, Alhamdulillah, sejak mengamalkan ESP SHAKLEE, badan yang LETIH dan LESU  kembali BERTENAGA dan SEMANGAT. Penat tu memang ada tapi kurang dah. Sempat marathon Drama Korea. Hehehe. Tidur pukul 3.30 PAGI. Kira tak ada masalah. Syukur, Alhamdulillah. Gabungkan dengan Vita Lea and Sustained Release Vita C kesan yang lebih efektif sebab majlis kahwin biasalah, Dengan cuasa panas, lemah. Sebab tak tidur sangat sebab marathon Drama Korea. Plus, MENINGKATKAN IMUNISASI badan sebab takut berjangkit dengan anak yang demam. Hehehe. Next entri, Kama akan cerita pasal manfat dan kebaikan Sustained Release Vita C pulak. So, tunggu......


Ini lah RAHSIA KEKUATAN SAYA...




Kama memang suka pergi majlis kahwin lagi-lagi bila sepupu-sepapat kita kahwin. Kita dapat jumpa mereka. Pastu, berbual dan bereloteh. Memang best. Hehehe

Akhir kata, Asssalammualaikum and have a great day lovelies....

P/S: Promo ESP SHAKLEE masih berlangsung tau. Kama nak bagi FREE GIFT to those yang beli ESP SHAKLEE with me. Jadi, jom sihat dan bertenaga macam Kama. Hehehe

Your Best Friend SID
Kammaria
013 7357512




No comments:

Post a Comment