Wednesday, 4 March 2015

JATUH CINTA, JATUH SAYANG, KELUARGA, FAMILY DAN SHAKLEE........

Assalammualaikum kawan-kawan,

JATUH CINTA???? Saya rasa semua manusia di dunia ini mesti suka pasal topik ini... Tak kisah lah kita cintakan siapa kan? Cinta kepada keluarga pun CINTA, cinta kepada pasangan masing-masing pun CINTA. Yang penting kita sebagai seorang Muslim wajib mencintai Tuhan yang telah pun menciptakan dan menghidupkan kita di atas muka bumi miliknya ini, iaitu ALLAH Yang Maha Esa....


Itulah antara sebab kalau kau orang follow blog saya, mesti tahu bahawa yang penting CINTA saya mestilah kepada FAMILI saya dan KELUARGA saya sendiri. Kalau Allah S.W.T.tak menerbitkan perasaan CINTA dalam hati saya, macam mana saya nak menyayangi keluarga saya dan melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang memang ALLAH S.W.T dah amanahkan kepada saya? Macam saya, kadang-kadang bila saya melakukan tugas sebagai seorang mama, contohnya memandikan anak-anak, mesti saya akan cakap, "kalau mama tak sayang Iki, mesti mama tak mandikan Iki"? Faham tak maksudnya di situ? Kalau kita tak ada rasa kasih dan sayang dalam diri kita, macam mana kita nak melaksakan tanggungjawab yang memang Allah S.W.T dah bagi pada kita?


Bila kita dah ada rasa CINTA dan SAYANG dalam diri kita, mesti kita nak berusaha untuk membahagiakan mereka dengan cara melakansakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. TAPI, kalau kita sakit, badan tak sihat, macam mana kita nak melaksanakan tanggungjawab yang telah pun diamanahkan kepada kita? Itulah sebab sebelum ada rasa CINTA dan SAYANG pada orang lain, kita mestilah CINTA dan SAYANG pada diri kita sendiri. Bila kita CINTA dan SAYANG pada diri kita sendiri, barulah kita ada peraaan tu untuk diberi dan dikongsi bersama orang lain.....


Saya sendiri memang JATUH CINTA dan JATUH SAYANG pada.....







SHAKLEE lah.....



Imej ini adalah ihsan Google......

Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, saya kini ialah seorang Shaklee Independent Distributor (SID) yang sah. Alhamdulillah. Hehehe.....


Terus terang saya cakap, saya ni memang penakut pada UBAT. Tak kisah lah, ubat apa pun. Memang saya akan KALAH dan kalau boleh, taknak makan UBAT langsung. Tapi tu masa saya masih SINGLE lah. Hehehe. Kenangan saya bersama UBAT memang tak boleh dilupakan. Masih teringat saat saya jatuh sakit dulu, saya jumpa Doktor, mesti mintak ubat CECAIR sebab takut telan UBAT berbentuk kapsul atau tablet. Dalam fikiran saya ni, macam-macam yang saya fikirkan, Takut UBAT sangkut kat tekak, saya MATI, takut rasanya yang lebih pahit dari UBAT CECAIR. Macam-macam lah. Memang perangai saya ni mengalahkan anak kecil. Padahal masa tu dah Sekolah Menengah pun perangai masih tak berubah. Sekarang, kedua-dua anak saya mewarisi tabiat buruk saya iaitu, TAKUT MAKAN UBAT.. Hahaha, padan muka kau, Kammaria!!!! Sekarang saya pulak merasa perasaan Emak dan Abah saya gara-gara perangai anak dia yang takut makan ubat. Sekarang dah ok pun. Makan Shaklee pulak sekali dapat manfaat kesihatan dan kecantikan, siapa tak nak kan? Saya nak......






Kenalkan Mak dan Abah saya... sebab dlm blog yang lepas, lupa nak letak pic dia orang. Apalah aku ini? Boleh lupa nak letak.... Haipp...... hehehe

Saya mula JATUH CINTA dan JATUH SAYANG pada Shaklee ni sejak saya kenal dengan satu orang ni. Nak kenal tak? Saya memang kenal Shaklee ni, tapi perasaan CINTA dan SAYANG tu tak ada. Jadi, saya pun tak ambil pusing nak tahu pasal produk ni......


Ini lah Ummi aka MENTOR saya yang kenalkan saya pada Shaklee. Cantikkan? Jangan risau. Saya dah minta kebenaran dia untuk letak pic ini sebelum saya post...... Nak admire tak apa, nak contohi dia pun tak apa, tapi jangan ada apa- apa feeling yang lain pulak sebab OFFICIALLY dia ni dah jadi Isteri orang and dah jadi mama pun.... 


Saya ni sebenarnya ada masalah tekanan darah rendah sejak sekolah lagi. Sampai saya dah berkahwin dan mempunyai anak pun, masalah tu tetap ada. Pulak saya kena jaga 3 orang HERO yang sememangnya memerlukan saya. Jadi semasa saya melayari internet, saya kenal lah dengan Ummi ni yang kebetulan mengalami masalah yang sama dengan saya iaitu, TEKANAN DARAH RENDAH. 

Set pertama yang saya beli ialah VITA LEA dan SUSTAINED RELEASED VITA C. Nanti saya akan ceritakan manfaat dan kebaikannya dalam post yang seterusnya yer......

Buat semua yang ingin mengekalkan kesihatan yang baik dan berkekalan, boleh lah cuba set ini. 
In Shaa Allah, tak akan menghampakan.....

Alhamdulillah, sejak saya mengamalkan supplement ini, saya dah tak mengalami masalah ini dah. Bahkan, saya juga mendapat manfaat dan kebaikannya. Jangan risau sebab produk ini sememangnya halal, safe dan yang paling penting sekali NATURAL.....

Sebagai kesimpulannya, tak salah kalau kita ada perasaan ini. Asalkan pada jalan yang betul. Dan yang penting, janganlah kita melupakan Pencipta kita yang satu yang telah memberikan kita perasaan ini iaitu Allah S.W.T. Tanpa Dia, tak mungkin saya ada di sini untuk menulis tentang feeling bagai ni.

Sekian, Assalammualaikum and have a nice day lovelies....

Your Best Friend Shaklee Independent Distributor
Kammaria 
kammarianajib@gmail.com
Whatsapp: 013-7357512







No comments:

Post a Comment