Thursday, 3 September 2015

REVIEW: KOREAN DRAMA EMERGENCY COUPLE

Assalammualaikum semua,

Seperti yang dijanjikan LAMA DAHULU, kali ni kakak nak review tentang CERITA KEGEMARAN KAKAK yang pernah disiarkan di TV9 satu ketika dahulu

Sejak era WINTER SONATA melanda satu ketika dahulu, hampir semua cerita Korea Kama follow. Antaranya Love Story In Harvard, Glass Slippers dan ramai lagi. Bila HERO dan HEROIN era itu dah tak berlakon seperti Bae Yong Jun dan Choi Yeo Jin, Kama pun malas nak tengok cerita Korea lagi. Handsome lah katakan. Hehehe

Siapa yang dah tengok WINTER SONATA mesti tak boleh lupa kan? Ini lah permulaan kepada KPOP di Malaysia


Tapi semenjak Kama berpeluang untuk tengok cerita EMERGENCY COUPLE yang disiarkan beberapa bulan yang lalu, memang cerita dia SANGAT BAGUS untuk dijadikan PEDOMAN dan TAULADAN terutama untuk kita yang dah bergelar SUAMI dan ISTERI.




Inilah cerita yang dimaksudkan, EMERGENCY COUPLE. You should watch this. Totally amazng....


Cerita ini mengisahkan sepasang SUAMI ISTERI lakonan Song Ji Hyo dan Choi Jin Hyuk yang berkahwin kerana cinta semasa masih bersekolah di sekolah perubatan TETAPI TERPAKSA BERPISAH dan BERCERAI kerana tiada lagi persefahaman di antara mereka.

Yang magiknya, selepas BERCERAI, mereka bertemu lagi sebagai DOKTOR PELATIH PERUBATAN di sebuah hospital. Pelbagai konflik tercetus semasa mereka bekerja sebagai DOKTOR PELATIH PERUBATAN dalam satu group di hospital berkenaan. Konflik yang terjadi SEMAKIN MERAPATKAN HUBUNGAN MEREKA sebagai doktor MESKIPUN mereka pernah melalui zaman perkahwinan bersama satu ketika dahulu. Konflik yang berlaku seterusnya MEMATANGKAN MEREKA untuk kembali MELAYARI PERKAHWINAN BUAT KALI KEDUA.

Personally, Kama suka jalan ceritanya yang mempunya banyak PENGAJARAN dan TAULADAN yang boleh kita jadikan panduan.

Sebenarnya, memang betul. 5 tahun pertama PERKAHWINAN ialah satu tempoh di mana kita akan mula mengenali dan memahami PASANGAN kita. Kelakuannya, karektornya dan pelbagai lagi. Ujian untuk 5 tahun pertama akan menjadi lebih hebat sekiranya kita tidak mempunya CAHAYA MATA sendiri. Itu sebabnya, CAHAYA MATA amat penting dalam sesebuah PERKAHWINAN kerana CAHAYA MATA itu sendiri menjadi PENGIKAT KASIH SAYANG suami dan isteri.

Selain itu, PERCERAIAN yang berlaku memberi RUANG MASA kepada pasangan untuk menilai kesalahan masa lalu dan berusaha untuk MEMPERBAIKINYA pada peluang yang kedua. Ini lah yang berlaku semasa cerita ini berlangsung. Konflik yang berlaku antara pasangan ini membantu MEMATANGKAN pasangan untuk menempuh PERKAHWINAN BUAT KALI KEDUA

Kesimpulannya, Kama percaya pasti setiap daripada kita masih berusaha untuk memastikan PERKAHWINAN yang dibina mampu BERTAHAN SEHINGGA AKHIR HAYAT DAN SETERUSNYA KE JANNAH. Namun, tak dinafikan perancangan Yang Maha Esa adalah yang terbaik. Oleh itu, make sure you did the best ok? Myself included.....

So, buat mereka yang masih TTC dan dalam usaha untuk mendapatkan CAHAYA MATA, saranan kakak cubalah consume Set Kesuburan Shaklee. In Shaa Allah, kita hanya boleh BERUSAHA tetapi PERANCANGAN DIA adalah yang terbaik....

Nanti kakak akan terangkan tentang SET KESUBURAN SHAKLEE pulak. Semoga bermanfaat nanti.....

Sekian, Assalammualaikum

Kammaria Mohamed Najib
SMS / WHATSAPP: 013 7357512 / 013 7777634
Facebook: KammariaMohamedNajib
Instagram: @rz_Shaklee, @kammaria
Blog: krzm85.blogspot.com




No comments:

Post a Comment